Jangan putus asa – 5 Tip pantas bangkit kembali bertenaga

Baiki-diriAssalamualaikum w.b.t

Berniaga perlukan motivasi diri yang kuat.

Ini kerana, bagi yang baru bermula, kitalah pekerja dan kitalah bos.

Jika pekerja malas, maka alamatnya tiada hasil atau wang yang masuk.

Apabila motivasi sudah turun menjunam, semangat berniaga telah hampir hilang, hampir putus asa akibat selalu gagal, kos dan wang pusingan dan keuntungan hampir tiada, apakah tindakan kita?

Jalan mudah iaitu berputus asa atau jalan tidak mengaku kalah?

Yang mana pilihan kita.

Bak kata sifu saya, SifuFBAds, buat sampai jadi. apabila lakukan sesuatu, buat sampai jadi. jika tak jadi, lihat kembali apa yang kurang dan baiki hingga jadi.

Tiada ‘shortcut’ untuk berjaya. Buat sekali terus jadi. Jika ada, ia rezeki.

Yang pasti, buat berkali-berkali gagal barulah akhirnya berjaya apabila tidak berputus asa.

Tip Bangkit Kembali Menuju Kejayaan

  1. Dekatkan diri pada Allah

Solat sunat Taubat, lazimi solat berjemaah 5 waktu, istighfar, selawat, bersedekah dan berbuat baik pada ibu bapa.

Apabila rezeki bagaikan tersekat, pasti ada yang tidak kena hubungan kita dengan Allah Maha Pemberi Rezeki.

Boleh baca buku saya, Formula Luas Rezeki (FLR) untuk tip formula ubah kehidupan kepada kaya minda, kaya jiwa dan kaya harta.

  1. Cari mentor, sifu dan guru perniagaan yang dapat bimbing kita untuk berjaya.

Kadang-kadang kita tak berjaya kerana belum jumpa guru yang sesuai dengan perniagaan kita. Teruskan berguru dan insyaAllah anda akan temui guru yang akan bantu anda berjaya.

  1. Bersama mereka yang telah berjaya dan berjiwa besar

Pilih 5 orang hebat atau mentor yang kita mahu ikut dan selalu bersama mereka dan ikuti tip dari mereka melalui blog, Facebook dan baca buku mereka.

Kita adalah mengikut sahabat kita. Jika bersahabat dengan orang biasa, kita pun orang biasa. Tapi, apabila bersahabat dengan mereka yang berjiwa besar dan berjaya, kita akan turut terkena tempias kejayaan mereka.

Di Facebook, Add friend rakan-rakan yang berjaya dalam bisnes, dan unfriend orang yang negatif yang tidak bermanfaat untuk kejayaan kita.

Apabila kita lihat orang yang berjaya, kita akan lebih bersemangat untuk berjaya seperti mereka.

  1. Mula dari apa yang kita ada

Ramai yang ingin berniaga tapi alasan mereka tiada modal.

Berniaga tak semestinya perlu modal.

Sebaliknya perlu ilmu berniaga.

Perniagaan tanpa modal adalah dengan menjadi agen affiliate, agen dropship , orang tengah, atau lakukan servis.

Mula dari bawah dan bina kejayaan kecil untuk kejayaan besar.

Berhenti beri alasan. START ACTION.

  1. Lihat dan tulis impian setiap hari

Apa yang anda mahukan dalam hidup ini?

Tulis dan senaraikan impian hidup anda di atas kertas dan tampal ia.

InsyaAllah ia akan menjadikan anda lebih bersemangat dan fokus kembali apabila lalai dan malas.

Akhir sekali, jika rasa putus asa. Berehatlah dan cari ketenangan dalam diri.

Kita kadangkala perlukan suasana yang tenang untuk kita renung dalam diri dan muhasabah diri.

Apakah kita anggap kita tahu semuanya dan rezeki seharusnya milik kita…

Tapi ingatlah dan yakinlah, rezeki milik Allah dan Dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita.

Justeru, banyakkan berdoa kerana ia SENJATA orang Mukmin di saat senang dan susah.

One Response

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *