• Skip to main content
  • Skip to secondary menu
  • Skip to primary sidebar
  • HOME
  • Blog
  • About
  • Contact
Zulpress

Zulpress

Travelog Motivasi Bangkit

  • Blog

Minat Sahaja Atau Anda Benar-Benar Serius Nak Kaya Berjaya

June 16, 2020 by zul press Leave a Comment

Assalamualaikum w.b.t

Minat sahaja tidak cukup untuk menjadi kaya berjaya. Ramai orang apabila ditanya, siapa nak jadi jutawan. Ramai yang akan angkat tangan dan minat nak jadi jutawan.

Tapi, adakah semua yang angkat tangan tadi akan menjadi jutawan?

Jawapannya kebiasaannya tidak. Ini kerana, hanya yang betul-betul serius nak jadi jutawan akan berjaya.

Contoh lain, siapa yang minat membaca buku? Ramai yang mempunyai minat membaca buku, tapi adakah mereka membaca buku setiap hari? Adakah mempunyai target berapa buah buku seminggu untuk dibaca? Atau berapa muka surat buku perlu dibaca setiap hari? Jika tiada jawapan, maka ia sekadar minat dan bukan serius.

Ramai yang suka berniaga dengan harapan jadi kaya raya. Tapi, adakah cukup suka dan minat sahaja? Tanpa serius mencari ilmu, mencari mentor, upgrade diri dan berusaha lebih baik hari demi hari.

Berniaga bukan sekadar duduk sahaja di kedai dan menanti pelanggan datang. Atau sekadar sharing di Facebook apa yang anda lakukan. Ia lebih dari itu, perlukan komitmen untuk lakukan yang terbaik.

Jika saya berikan anda satu peta yang ‘confirm’ jika anda ikut satu persatu anda akan menjadi jutawan dalam masa setahun. Adakah anda berminat? Saya yakin ramai yang sanggup membelinya.

Tapi, ramaikah yang mula bertindak 100% dengan apa yang diajar di dalam peta tersebut? Ramaikah yang akan menggunakan peta tersebut sepenuhnya atau kemudian mencari peta lain yang lebih ‘shortcut’ dan lebih pantas? Atau ramai yang kebiasaannya walaupun tahu peta ini amat berharga kerana boleh menjadikan impian mereka satu kenyataan, tapi mereka lebih sanggup letak ke tepi peta ini, dan terus hidup seperti biasa dan sekadar menyimpan peta ini sebagai simpanan sahaja.

Ya, untuk berjaya perlu pelan. Tapi yang lebih penting apakah sanggup anda melaksanakan apa yang dirancang sehingga berjaya.

Jika ya, tahiniah.

Inilah perbezaan orang yang berusaha untuk berjaya dengan orang yang menunggu kejayaan tiba.

Tak cukup ada peta dari KB nak ke KL jika tidak sanggup untuk bertolak dari KB sekarang dan menempuh apa jua halangan yang ada semata-mata nak ke KL.

Semak kembali apakah serius anda nak berjaya dan nak ubah hidup? Atau sekadar minat sahaja pergi kursus dan seminar motivasi bisnes, kemudian seperti asal kembali tanpa perubahan…

Jom serius kejar impian hidup jutawan dunia akhirat. 🙂

Lagi artikel menarik :

  • Apa paling best dalam hidup?
  • 2 Kategori Aku & Rezeki
  • Ubah Hidup dengan Berlari
  • Formula Ubah Hidup – Formula LUCK
  • Kunci Ubah Hidup 1 : Terima ‘Aku yang bertanggungjawab dengan hidupku’

Filed Under: Bangkit Motivasi Muslim

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Carian

Categories

  • Bangkit 101 Bisnes
  • Bangkit Kewangan
  • Bangkit Motivasi Muslim
  • Bangkit Perniagaan
  • FB Live
  • Tip Blog
  • Umum

Motivasi Bangkit di FB

Travelog Motivasi Bangkit