Minta pada Allah Dahulu

minta Allah dahuluAssalamualaikum w.b.t

Jangan bersedih dengan rezeki. Jangan bersedih dengan kehidupan yang lalu. Dan jangan bersedih dengan kehidupan hari ini dan esok hari.

Rezeki sudah ditentukan. Tapi bagaimana, bila dan berapa tidak kita ketahui.

Justeru, di sinilah letaknya usaha kita dan pergantungan kita kepada Allah setelah berusaha.

Ingatlah, setiap kali mendungnya awan, pasti akan ada sinar cahaya mentari selepas itu.

Tatkala tiada orang yang sanggup menolong membantu kita saat kita benar-benar memerlukan, tatkala harapan kita hampir musnah dan kita hampir berputus asa dengan rezeki,

Jangan kecewa dan putus asa. Jangan tertekan dan bimbang.

Kita masih punya ALLAH Maha Kuasa.

YAKINLAH ALLAH PASTI membantu kita.

Kenapa kita perlu letakkan harapan kita pada makhluk lain, dan bergantung pada orang lain yang sudah pasti lemah dan tidak ada kuasa untuk membantu kita.

MINTALAH PADA ALLAH DAHULU

Mintalah pada ALLAH. Berdoa dengan sepenuh hati, dari lubuk hati yang dalam, dengan penuh rasa ikhlas, dengan cucuran air mata, dengan keyakinan 100% Allah akan membantu kita.

Bila masanya dan bagaimana? Serahkan pada Allah mengurusnya.

Langkah-langkah Minta Allah Dahulu

  1. Solat sunat taubat dan istighfar, kemudian berdoa sepenuh hati dalam bahasa Melayu mengadu, menangis dan merintih mohon Allah membantu kita. Ceritakan pada Allah masalah kita dan mintalah bantuan Allah dalam doa.
  2. Jaga solat 5 waktu sentiasa berjemaah, berdoa setiap kali solat
  3. Solat sunat hajat setiap hari
  4. Sedekah setiap pagi jumlah yang kita mampu setiap hari, niatkan apabila sedekah untuk Allah menerima amalan sedekah kita dan membantu selesaikan masalah yang kita hadapi
  5. Sabar dan tetap berdoa.
  6. Tulis setiap idea yang kita dapat. Allah akan ilhamkan idea dan jalan penyelesaian.
  7. Lakukan tindakan dengan yakin dan sabar. Buat sesuatu ikhtiar dan usaha, diiringi keyakinan dan doa memohon bantuan Allah.
  8. Tawakkal pada Allah. Serah diri, hidup dan mati pada Allah untuk berikan kita yang terbaik dalam hidup ini.

insyaAllah akan ada penyelesaian dan jalan keluar dari masalah yang dihadapi.

Yakinlah janji Allah,

Firman Allah s.w.t.yang bermsksud :

“Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan, dan diberikanNya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan keperluannya.”

(Surah At-Talaq ayat 2-3)

Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud :

“Jika sekiranya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, pasti Allah akan memberi rezeki kepadamu, seperti Dia memberi rezeki kepada burung-burung yang terbang di pagi hari dengan tembolok kosong dan waktu pulang kesarangnya pada waktu petang, temboloknya sudah penuh.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *