Motivasi Bangkit daripada Kegagalan

Bangkit daripada kegagalan

Assalamualaikum w.b.t

Realiti kehidupan ada pahit dan manis. Ada suka dan duka. Ada bahagia dan ada berduka.

Inilah kehidupan dunia. Hidup yang dipenuhi dengan ujian kehidupan.

Beruntunglah bagi yang berjaya melalui ujian kehidupan ini dan sebaliknya rugilah bagi mereka yang gagal dan mengaku kalah.

Dalam tulisan kali ini, saya coretkan sedikit motivasi bagaimana untuk kita bangkit daripada kegagalan.

Pengalaman Gagal

Setiap daripada kita sudah tentu pernah gagal. Dan bagaimana kita bangkit daripada kegagalan tersebut adalah satu kejayaan yang akan kita kenang sentiasa.

Lihatlah semasa kita masih kecil dahulu bagaimana kita mula belajar untuk berjalan di atas kaki sendiri.

Percubaan pertama, kedua dan ketiga kita jatuh. Namun kita pada waktu itu tidak mengaku kalah dan terus mencuba berkali-kali sehinggalah kita dapat bangun berdiri dan berjalan dengan sempurna.

Bayangkan sekiranya kita pada waktu itu mengaku kalah dan tidak mahu mencuba lagi, sudah pasti belum tentu kita mampu berjalan sebagaimana kita sekarang.

Dan seterusnya sepanjang kehidupan kita dari dahulu sehingga sekarang, sudah banyak kegagalan yang kita hadapi dan syukur Alhamdulillah kita dapat mengatasinya dengan baik.

Belajar daripada kegagalan

Melalui kegagalan kita sebenarnya belajar daripada kesilapan dan memperbaikinya.

Lihatlah mereka yang berjaya dalam bidang masing-masing, setiap daripada mereka sudah pasti mempunyai kisah kegagalan masing-masing dan bagaimana mereka tidak berhenti dan terus mencuba sehingga mereka berjaya.

Contoh teladan kita Rasulullah S.A.W pernah dihina dan diejek semasa berdakwah kepada orang kafir Quraisy, namun baginda tetap berdakwah sehinggalah Allah memberikan kejayaan kepada baginda.

Pelbagai lagi contoh lain seperti dalam perniagaan Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhari, Dr Azizan Osman, Datuk Maznah Hamid, Irfan Khairi dan ramai lagi mereka yang berjaya sekarang pernah gagal pada masa dahulu.

Bagaimana untuk bangkit daripada kegagalan?

15 Tip Bangkit daripada Kegagalan

1.   Yakin dan percaya setiap yang berlaku adalah ujian Allah untuk melihat dan menguji kesabaran dan keimanan kita

2.   Kembali kepada pegangan agama dan mendekatkan diri kepada Allah, pencipta kita dengan melakukan amalan soleh  seperti solat 5 waktu, membaca al-Quran, berdoa dan amalan ibadah yang lain.

3.   Hiduplah dalam kehidupan sekarang. Jangan dikenang yang telah berlalu dan bimbang dengan perkara akan datang.

bahagia hari ini

4.   Programkan minda untuk menukar kepercayaan negatif, rendah diri dan tidak yakin kepada kepercayaan positif, keyakinan diri dan kemampuan untuk menghadapi kegagalan

5.   Tingkatkan tenaga diri dan motivasi diri

6.   Terima diri seadanya dan kenali potensi dan kelebihan diri

7.   Program minda dengan kata-kata motivasi positif – failure means innovation and progress

8.   Pilih rakan yang sejati. Iaitu rakan yang sedia untuk kita berkongsi dan berbincang dengannya.

9.   Lupakan yang lepas dan maafkan diri dan orang lain

10.   Ingatlah anda mengawal cara anda bertindak dan berfikir. Kita adalah apa kita fikir, kita cakap, kita rasa dan kita buat.

11.   Lahirkan rasa gembira dan kasih sayang dalam setiap apa yang kita lakukan

12.   Bersyukur kerana ada lagi mereka yang menerima ujian lebih daripada kita

13.   Ingatlah ujian yang anda hadapi adalah sementara –  “This too will pass”

Pada suatu hari,seorang Bijak meminta kepada seorang tukang emas yang sudah tua renta untuk membuat cincin dan menuliskan sesuatu di dalamnya. Sang Bijak berpesan,”Tuliskanlah sesuatu yang bisa kamu simpulkan dari seluruh pengalaman dan perjalanan hidupmu supaya bisa menjadi pelajaran bagi hidup saya”.

Berbulan-bulan si tukang emas yang tua membuat cincin tersebut merenung kalimat apa yang patut diukir di cincin emas yang kecil itu. Akhirnya, si tukang emas itupun menyerahkan cincinnya pada sang Bijak.

Dengan tersenyum, sang Bijak membaca tulisan kecil di cincin itu. Bunyinya, “THIS TOO, WILL PASS” (artinya “DAN YANG INIPUN AKAN BERLALU”).

Awalnya sang Bijak tidak terlalu paham dengan tulisan itu. Tapi, suatu ketika, tatkala menghadapi persoalan hidup yang pelik, akhirnya ia membaca tulisan di cincin itu “DAN YANG INIPUN AKAN BERLALU” lalu ia pun menjadi lebih tenang

Dan tatkala ia sedang bersenang-senang, ia pun tak sengaja membaca tulisan di cincin itu “DAN YANG INIPUN AKAN BERLALU” lantas ia menjadi rendah hati kembali.

Ketika kamu lagi punya masalah besar ataupun sedang lagi kondisi terlalu gembira, ingatlah kalimat “DAN YANG INIPUN AKAN BERLALU”

Tidak ada satupun yg langgeng.
Jadi, ketika kamu punya masalah, tidaklah perlu terlalu bersedih.
Tapi, tatkala kamu lagi senang, nikmatilah selagi kamu bisa senang

Ingatlah, apapun yg kamu hadapi saat ini, semuanya akan berlalu.

Jadilah :
•tetap SEJUK di tempat yg Panas..
•tetap MANIS di tempat yg begitu Pahit..
•tetap merasa KECIL meskipun telah menjadi Besar..
•tetap TENANG di tengah Badai yg paling Hebat.. &
THIS TOO WILL PASS!!

14.   Tukar cara pemikiran terhadap kegagalan. Kadang-kadang peluang baru hadir daripada kegagalan. Jadi, mula bertanya soalan di bawah :

  • Apa yang baik daripada kegagalan ini? Apa pengajaran daripada hal ini?

  • Apa nilai dan peluang yang ada di sebalik kegagalan ini?

  • Bagaimana saya boleh gunakan kegagalan ini untuk lebih berjaya?

15.   Akhir sekali, ingatlah apabila Allah menguji kita, ia bermaksud Allah masih menyayangi kita.

Dekatkan diri kepada-Nya. Dan yakinlah pertolongan-Nya akan tiba.

Semoga bermanfaat. Like & share.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *