Rezeki – kenapa masih tidak cukup dan tidak tenang?

Tenang dengan rezekiAssalamualaikum w.b.t

Apa khabar sahabat Zulpress.com? Moga ceria dan bahagia selalu hendaknya.

Alhamdulillah saya dapat mula kembali online setelah berehat beberapa bulan. Setelah ‘recharge’, insyaAllah saya akan kembali menulis dan berkongsi di blog ini.

Saya ada dihubungi oleh seorang pembaca, bertanyakan kenapa rezeki yang diperoleh beliau bagaikan tidak cukup dan menghadapi masalah keluarga dengan suami dan anak-anak.

Saya percaya bukan beliau seorang, tapi hampir setiap orang mempunyai pertanyaan dan masalah yang sama.

Kenapa rezeki bagaikan susah hendak datang, tidak cukup dan tidak tenang dengan rezeki?

Puncanya adalah pada diri kita sendiri.

Berhenti melihat salah orang lain.

Dan kembali betulkan hubungan kita dengan Allah, dengan makhluk dan dengan diri kita sendiri.

Hubungan dengan Allah termasuklah menjaga solat 5 waktu, membaca al-Quran, bersedekah, zakat,istighfar, berselawat dan ibadah-ibadah lain.

Hubungan dengan manusia termasuklah bagaimana akhlak kita dengan ibu bapa, guru dan orang lain, tutur kata kita, tidak mengumpat dan mencela orang lain, banyak berfikir bukan banyak berkata-kata, hubungan dengan rakan-rakan, jiran-jiran, saudara-mara, cara kita berhubung dengan pelanggan, muamalat dan sebagainya.

Hubungan dengan diri sendiri termasuklah menuntut dan menambah ilmu, cara berfikir, bagaimana kita mengurus masa, mengurus kesihatan diri, menjaga pemakanan sihat, bersenam, berehat yang cukup, bercuti, bertindak luar biasa dan sebagainya.

Apabila betul dan baik ketiga-tiga hubungan, barulah hidup kita menjadi tenang dan bahagia disayangi Allah dan disenangi oleh manusia lain.

Jangan sombong diri. Tidak mahu melihat kesalahan diri dan hanya melihat kesalahan orang lain.

Betulkan dan muhasabah diri sendiri. InsyaAllah Allah akan bantu kita betulkan yang lain.

Ingatlah, rezeki bukan wang semata-mata. Kasih sayang, rasa cinta, isteri, anak-anak, kenderaan, pekerjaan, kesihatan, nikmat boleh makan dan minum, dan banyak lagi.

Tidak terkira banyaknya nikmat Allah untuk kita.

Jadi, apakah kita sudah bersyukur dengan rezeki yang diperoleh atau kita hanya mahukan lebih lagi? Tanpa rasa terima kasih pada Allah. Tanpa kita semakin dekat dengan-Nya.

Mari reset minda, reset jiwa dan reset tindakan kita untuk bersedia hidup tenang dan bahagia dunia dan akhirat.

doa murah rezeki

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *