1 Perkara Membezakan Pemenang dan Orang yang Rugi

masaAssalamualaikum w.b.t.

Dalam hidup kita setiap hari, apakah sebenarnya yang paling penting yang mana jika kita terlepas kita akan menyesal.

Sesuatu yang paling mahal dan tiada penggantinya. Apabila kita tidak menggunakannya dengan sebaiknya, kita sebenarnya amat rugi. Hanya kita sendiri kadangkala yang tidak menyedarinya.

Sekiranya kita tahu betapa besar nilai ia, kita tidak akan berada dalam keadaan biasa sebagaimana kita lakukan setiap hari. Bahkan, kita tidak akan rela orang lain mengambil dan mencurinya.

Tidak lain, 1 perkara yang membezakan orang yang menang dan orang yang rugi adalah masa yang dimanfaatkan.

Masa

Seringkali kita pertaruhkan masa dengan perkara yang murah dan tiada nilainya.

Kita membaca surat khabar berjam-jam lamanya. Kita berborak di kedai tanpa had masa.

Kita berFacebook dan melayari internet tanpa mengetahui apa tujuan yang sebenarnya.

Kita menonton televisyen rancangan yang sama setiap hari dan setiap minggu tanpa mendapat apa-apa pengajaran.

Kita berjalan-jalan ke merata tempat tanpa ada matlamat dan destinasinya.

Kita sibuk berniaga sambil menunggu pelanggan yang tidak kunjung tiba.

Kita sibuk dengan peribadi orang lain dan isu semasa, tanpa memikirkan apa bekalan dan amalan yang sepatutnya dibawa ke sana.

Jika begitulah kita, benarlah manusia itu di dalam kerugian. Kerugian bahawa masa yang berlalu tidak sesekali akan kunjung tiba sekali lagi.

Apabila berlalu, hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun sedangkan kita masih di tahap yang sama.

Marilah di saat ini, mulai hari ini, kita hargai masa yang ada.

Terlalu banyak perkara yang perlu kita lakukan sebenarnya dan sebenarnya kita sudah tidak punya masa.

Ciri-ciri Pemenang

Pemenang dunia dan akhirat amat menjaga masa mereka.

Setiap saat dan jam mempunyai matlamat dan tujuan.

Mereka membahagikan masa dengan sebaiknya dan mengelakkan penghalang dan pencuri masa di dalam hidup mereka.

Masa yang ada, mereka gunakan untuk 4 perkara :

1. Beriman

2. Beramal soleh

3. Berpesan dengan kebenaran

4. Berpesan dengan kesabaran

Setiap perkara yang bermanfaat dan menguntungkan dunia dan akhirat adalah menjadi keutamaan.

Moga kita tergolong dalam mereka yang berjaya dan menjadi pemenang di akhir hayat kita nanti.

Amin.

One Response

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *