1 Tip Mudah bertindak mencapai impian

focus actionAssalamualaikum w.b.t

Impian yang besar, perlukan usaha dan tindakan yang besar juga.

Apabila kita sudah menetapkan sesuatu impian dan matlamat yang ingin dicapai, maka kita perlu berusaha untuk mencapainya dan menjadikan ia kenyataan.

Namun, kadangkala, kita gagal bertindak setiap hari dengan tindakan yang sepatutnya.

Sebaliknya, tetap sama dengan hari-hari sebelumnya, perkara yang dirancang tidak dapat disiapkan. Tiada tindakan dan kesungguhan dalam bertindak.

Apakah puncanya?

Puncanya adalah pada diri kita sendiri dalam memilih apa yang kita ingin lakukan.

Kenapa kita seringkali salah dalam memilih sesuatu tindakan. Contohnya, kita ingin menyiapkan satu projek yang telah dirancang, namun tergendala apabila kita menghabiskan masa yang ada dengan menonton televisyen atau sekadar berehat sahaja.

Walhal, kita punya banyak perkara yang perlu kita selesaikan.

1 Tip Mudah Bertindak Mencapai Impian

Puncanya adalah kita terlalu banyak pilihan.

Maka, tugas kita adalah hapuskan semua pilihan lain dan halangan yang ada. (Remove the Distractions)

Apabila kita sudah tiada pilihan, maka kita ‘terpaksa’ lakukan apa yang sepatutnya kita lakukan.

Contohnya, apabila kita ingin menulis artikel blog, maka hapuskan halangan lain seperti tutup semua laman web yang lain atau offline, tutup radio, tutup tv, cari tempat yang sesuai, dan hanya lakukan satu perkara iaitu menulis.

Fokus hanya pada perkara utama sahaja. Dan jauhkan faktor penghalang yang lain.

Jika kita selalu lalai dengan tv, maka usah menonton tv secara kerap. Jika kita selalu mengantuk kerana makan banyak, maka makanlah awal pada waktu petang. Jika kita suka tidur, maka jauhkan diri daripada katil. Dan begitulah seterusnya, untuk kita hapuskan sebarang halangan untuk kita bertindak.

Apabila halangan sudah tiada, maka, insya-Allah kita akan lebih mudah untuk bertindak. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *