11 Tip Tingkatkan Motivasi Dalaman

amalan mudahAssalamualaikum w.b.t

Dalam hidup kita seringkali diuji oleh Allah untuk melihat sejauh mana kesabaran dan kebergantungan kita kepada Allah.

Dalam meniti hidup setiap hari, kadang-kadang motivasi diri kita tinggi dan sentiasa bersemangat. Tetapi, kadang-kadang motivasi diri kita rendah dan semangat kian luntur.

11 Tip Tingkatkan Motivasi Dalaman

1.   Lihat kembali impian kita

Disaat kita rasa lemah, lihatlah kembali senarai impian kita dengan harapan kita kembali bersemangat untuk mengejar impian yang telah kita tulis dan tampal.

2.   Lihat kembali tujuan hidup kita

Apakah yang kita cari sebenarnya? Dan apakah yang kita mahu berikan dan sumbangkan dalam hidup kita?

Semuanya kembali kepada tujuan hidup kita untuk menjadi sebaik-baik muslim dan bermanfaat kepada orang lain.

Sebagai seorang pekerja, ingin menjadi pekerja yang terbaik pada pandangan Allah.

Sebagai usahawan dan peniaga, peniaga yang jujur, rajin, amanah dan patuh pada Allah.

Sebagai seorang bapa, ingin melihat ahli keluarga kita soleh dan solehah dengan mengamalkan ajaran agama dengan baik.

3.   Redha dan sabar

Redha dan sabar pada perencanaan dan takdir Allah. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang baik untuk kita.

Yakinlah, semua yang berlaku ada hikmah yang ada yang dapat kita ketahui dan ada yang tersembunyi.

4.   Rasa ingin berubah menjadi lebih baik

Di samping redha dan sabar, lakukan sesuatu untuk kita menjadi lebih baik.

Kekayaan tidak datang bergolek. Segalanya perlukan usaha.

Mulakan perubahan daripada dalam diri, semangat yang baru dan lakukan sesuatu yang insyaAllah 5 tahun lagi membawa kita ke arah keadaan hidup yang lebih baik.

Mulakan satu tindakan yang amat kecil. Dan teruskan momentum tersebut, sehingga kita akhirnya berjaya menyelesaikan satu tindakan yang besar.

“Bina kejayaan kecil untuk mendapat kejayaan besar”

5.   Keluar daripada zon selesa

Amat payah untuk berubah.

Tapi kita perlu juga berubah dan keluar daripada zon selesa.

Jika tidak, selamanya kita akan dalam keadaan sebagaimana sekarang.

Lakukan perubahan yang kecil sedikit demi sedikit sehingga diri kita rasa selesa dengan perubahan tersebut. InsyaAllah untuk berubah akan menjadi lebih senang.

6.   Usah peduli orang lain kata

Jika anda yakin anda benar, dan anda ingin mengejar impian anda, teruskan apa yang anda lakukan sekalipun ramai yang tidak menyokong anda.

Semoga dengan kejayaan anda suatu hari nanti, dapat membuktikan pada mereka yang anda mampu melakukannya.

7.   Jangan mengaku kalah, lakukan lebih baik walau satu peratus

Jangan berhenti daripada apa yang anda lakukan sekalipun anda gagal beberapa kali.

Setiap kali jatuh, bangun kembali, lihat kembali kesilapan anda dan teruskan melangkah dengan lebih berhati-hati.

Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya. Gagal juga adalah satu kemenangan kerana anda tahu apa yang boleh dan tidak boleh anda lakukan.

Lakukan sesuatu setiap hari kearah mengejar impian anda kaya berjaya sekalipun hanya dengan menulis sesuatu di dalam diari impian anda.

“Kita tidak takut kalau kita bergerak perlahan, tapi takut jika tidak bergerak langsung”

8.   Pilih kawan inspirasi

Kita adalah sebagaimana kawan kita.

Justeru, pilihlah kawan yang lebih baik daripada kita dan boleh memberi inspirasi kearah mencapai impian kita.

Elakkan kawan yang membantutkan semangat kita dan kawan yang membazirkan masa kita dengan aktiviti yang tidak berfaedah.

Burung enggang akan berkawan dengan burung enggang, manakala burung pipit akan berkawan dengan burung pipit juga.

Pilih kawan yang baik dan hebat, insyaAllah kita akan jadi baik dan hebat juga.

9.   Yakin anda sebenarnya akan berjaya

“When a person believe their believe, their believe will come true”

“Start with the end in mind”

Fikirkan dan percaya anda akan kaya berjaya dunia akhirat, insyaAllah anda akan menjadi sebagaimana yang anda fikirkan dan percaya.

10.   Syukur apa yang anda peroleh sekarang

Duduk dan berehatlah seketika.

Dan tulislah 100 perkara yang anda syukuri hari ini dan anda akan lihat betapa banyak sebenarnya yang Allah telah berikan kepada kita tetapi betapa sedikit yang telah kita syukuri.

Tambahkan rasa syukur dalam diri. Nescaya Allah akan tambahkan lagi nikmat yang diberi.

11.   Usaha dan tawakal

Yakinlah janji Allah iaitu bersama kesusahan ada kesenangan.

Bersusahlah dahulu dan yakinlah bahawa kesenangan akan datang pada waktunya.

Usaha dan tawakal pada Allah.

Allah jualah tempat kita kembali dan memohon pertolongan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *