Assalamualaikum w.b.t.
Dalam tulisan sebelum ini, saya telah kongsikan berkaitan Bekalan Rezeki sentiasa melebihi. Seterusnya pada kali ini, saya kongsikan 3 Jenis Modal bagi menambah dan menderaskan aliran rezeki.
3 Jenis Modal Menderaskan Rezeki
1. Modal Ilmu
Modal ilmu merangkumi ilmu fardu ain dan fardu kifayah. Iaitu ilmu agama dan ilmu dunia. Ilmu dunia termasuklah ilmu dalam bidang kepakaran masing-masing, ilmu perniagaan dan ilmu pemasaran.
Apabila anda menambah ilmu setiap hari, walaupun sedikit dengan membaca beberapa muka surat buku sehari, anda sebenarnya telah menambah modal ilmu anda. Begitu juga dengan menghadiri majlis ilmu, seminar, bengkel, kelas online, membaca buku ilmiah dan sebagainya dapat membantu menambah modal ilmu anda untuk lebih kaya dan berjaya.
Dengan kaya minda (ilmu), pemikiran anda dengan mereka yang tidak berilmu akan berbeza.Tindakan yang anda ambil juga berbeza dan hasil yang diperoleh juga berbeza.
2. Modal Jiwa
Modal jiwa ialah berusaha menyucikan jiwa dan hati daripada kotoran dosa dan perkara yang melalaikan daripada mengingati Allah. Dengan jiwa yang bersih, segala nikmat dan rezeki akan mudah mendekati anda kerana fitrah hati yang bersih akan menarik lebih banyak kebaikan.
Carilah kekayaan jiwa dengan ilmu dan amalan soleh yang dilakukan setiap hari dengan ikhlas kerana Allah. Apabila matlamat takwa dicari, Allah akan membantu mempermudah setiap urusan hidup yang lain.
Segala nikmat akan disyukuri dan ujian akan dihadapi dengan redha dan penuh kesabaran. Milikilah kekayaan sebenar iaitu kekayaan jiwa.
Salim b. Abdullah b. Umar b. Khattab r.a berkata, “ Kekayaan itu adanya dalam hati, bukan pada tangan. Barang siapa yang kaya jiwa dan hatinya, maka akan kaya kedua tangannya, sedangkan barang siapa yang miskin hatinya, tidak akan bermanfaat kekayaannya.”
3. Modal Tindakan
Setiap tindakan akan mendatangkan hasil dan kesan. Apabila lebih besar dan hebat tindakan, sudah pasti hasil dan kesannya juga akan besar.
Modal tindakan tidak memerlukan anda mencarinya di tempat lain. Sebaliknya modal ini sudah ada di dalam diri setiap orang.
Pilihan untuk bertindak ada dalam diri masing-masing. Sama ada bertindak biasa-biasa atau bertindak luar biasa. Pilihan anda yang anda pilih setiap hari akan menentukan hasil yang akan diperoleh.
Seringkali modal tindakan ini dikalahkan oleh rasa malas bertindak. Malas adalah musuh utama dalam bertindak. Apabila sikap malas dapat anda atasi, insyaAllah tindakan akan mudah dilakukan dan potensi sebenar anda akan terserlah.
Modal yang lain
Selain 3 modal ini, terdapat modal yang lain seperti Modal Masa dan Modal Wang.
Modal Masa ialah jumlah masa yang sanggup anda luangkan untuk melakukan tindakan dan amalan. Ramai yang mengatakan mereka tidak cukup masa dan sudah tidak dapat melakukan perkara yang lain. Sedangkan, boleh sahaja mereka menonton televisyen, bermain permainan komputer dan tablet, sedangkan masih banyak lagi perkara penting dan bermanfaat yang dapat dilakukan.
Modal Wang juga penting. Namun, pada permulaan ini, anda tidak perlukan Modal Wang untuk mendapatkan kaya harta.
Anda perlukan 3 modal di atas sahaja dan Modal Wang akan hadir kepada anda dengan sendirinya. Seterusnya, apabila anda sentiasa menambah 3 modal di atas, Kaya Harta dan Kaya Masa akan hadir kepada anda.
Dalam buku ini, saya bincangkan dengan terperinci berkaitan 3 modal ini. Saya juga kongsikan bagaimana anda dapat mengurus modal masa anda dengan sebaiknya dalam Modul Reset Tindakan nanti.
Letakkanlah 3 modal di atas (Kaya Minda (Ilmu), Kaya Jiwa dan Kaya Tindakan) di dalam diri, manakala modal wang dan kaya harta letakkanlah di tangan kita yang bisa dilepaskan bila-bila masa sahaja.
(Petikan daripada Ebook Reset Minda Rezeki, klik di sini untuk dapatkan Ebook ini)
Abdullah Idris says
Saya suka dengan huraian tentang modal ilmu. Fokus saya ialah ilmu fardhu kifayah iaitu ilmu pemasaran. Memang benar apa yang dikatakan oleh admin.
Ketika mula-mula memulakan perniagaan internet, tanpa ilmu pemasaran, perniagaan tak sampai ke mana. Akhirnya, rasa kecewa. Namun, selepas mempunyai ilmu, walaupun sedikit, apabila diamalkan (modal tindakan) ianya memberikan pulangan.
Ianya berlaku apabila saya mempromosikan produk “149 strategi dan teknik menjana pendapatan melalui internet”. Dengan sedikit ilmu pemasaran yang diamalkan, saya dapat menjual produk tersebut. Saya bertambah yakin dengan 3 modal yang admin kongsikan.
zul press says
alhamdulillah, terima kasih tuan kerana berkongsikan pengalaman tuan. 🙂