3 Tabiat Wajib Setiap Hari (3 Keys Habit)

tabiat jutawan2Assalamualaikum w.b.t

Setiap mereka yang kaya berjaya mempunyai tabiat cemerlang yang tersendiri.

Iaitu tabiat utama yang selalu mereka lakukan setiap hari.

Dalam erti kata lain, rahsia bagaimana mereka produktif, melakukan banyak perkara dalam masa yang terhad, dan mendapat hasil yang optimum.

Anda juga boleh menjadi luar biasa berjaya, apabila anda juga mempunyai tabiat cemerlang anda.

3 Tabiat Utama (3 Keys Habit)

Saya ingin mengajak untuk kita sama-sama membina 3 tabiat utama yang dalam masa 66 hari akan membawa kita ke tahap yang lebih baik daripada hari ini.

Ya, hanya 3 tabiat cemerlang yang ingin kita bentuk, dan amalkan dengan konsisten selama minimum 60 hari, dan seeloknya 66 hari.

Mengikut kajian, sesuatu perkara atau amalan apabila dilakukan secara berterusan selama 66 hari akan membentuk satu tabiat di dalam diri seseorang.

Jadi, tentukan apakah 3 tabiat cemerlang yang anda ingin bina di dalam diri anda untuk anda jadi lebih baik, luar biasa, kaya dan berjaya.

Contoh tabiat cemerlang yang boleh dibentuk :

Membaca buku 30 minit setiap malam sebelum tidur

Bersenam/ berjalan selama 20 minit setiap pagi atau petang

Bangun awal 5 pagi dan qiamullail

Solat 5 waktu di masjid berjemaah

Membaca Al-Quran 1 muka surat setiap hari

Masuk kerja awal 30 minit daripada biasa

Pulang kerja lewat 30 minit daripada biasa

Bersedekah RM 2 setiap hari

Berselawat 100 kali setiap hari

Beristighfar 100 kali setiap hari

Solat sunat Dhuha 2 atau 4 rakaat setiap pagi

Mengamalkan senyum setiap hari

Kemaskini blog 1 jam setiap hari

Menulis buku 1 jam setiap malam sebelum tidur

Simpan RM1 setiap hari di dalam tabung

Menulis dan mencatat dalam diari anda setiap malam sebelum tidur

Membuat visualisasi minda dan membayangkan impian anda, 5 minit sebelum tidur setiap malam

Memperuntukkan sekurang-kurangnya 1 jam masa bersama keluarga setiap hari

Menonton TV hanya 1 jam setiap hari, iaitu hanya rancangan yang bermanfaat

Berhenti merokok

Merancang apa yang anda akan lakukan esok hari pada malam sebelumnya

Dan sebagainya.

Pilih 3 sahaja dan lakukannya setiap hari dengan konsisten.

Di permulaan ia agak susah, tapi yakinlah apabila dilakukan setiap hari ia akan menjadi senang dan membentuk tabiat cemerlang baru anda.

3 Tabiat utama pilihan saya :

1.   Tidur pukul 1 pagi

2.   Bangun pukul 5 pagi

3.   Mengawal masa dan tenaga saya setiap hari mengikut jadual yang telah saya rancang

Jadi, apa pula tabiat utama anda? Ambil kertas dan tuliskan. Kemudian, komited untuk membina tabiat tersebut di dalam diri anda.

Usah bimbang jika kadangkala anda ‘terbabas’, anda boleh gantikan kiraan harinya atau bermula semula.

Yang penting, jangan mengaku kalah. Yakinlah anda akan berjaya.

Dan InsyaAllah dalam masa 66 hari nanti, anda akan dapat melihat hasilnya di mana anda menjadi lebih cemerlang daripada hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *