5 Langkah menjadi genius dan pakar

genius pakarAssalamualaikum w.b.t

Genius adalah seseorang yang dianggap bijak dan mempunyai kelebihan luar biasa berbanding orang kebanyakan.

Seseorang yang dianggap genius sebenarnya bukanlah asalnya dilahirkan memang dalam keadaan genius.

Tetapi mereka menjadi genius dan bijak disebabkan mereka melakukan sesuatu perkara yang tidak dilakukan oleh orang lain sehingga suatu tahap mereka menjadi bijak dan pakar dalam bidang tersebut.

Sebagaimana contoh ramai mereka yang berjaya adalah disebabkan usaha mereka yang tidak berputus asa untuk menjadi lebih baik dalam apa yang mereka lakukan.

Dalam Islam, kita dapat lihat para ulama dan ilmuwan Islam yang berusaha belajar dan mencari ilmu selama berpuluh tahun dan dianggap pakar sehingga mereka menjadi rujukan orang Islam yang lain.

Manakala, dalam sejarah dunia sekarang, sebagai contoh, Warren Buffett dianggap pakar pelaburan sebenarnya telah mula berjinak-jinak dengan perniagaan dan pelaburan apabila bersama ayahnya sejak berumur 6 tahun lagi.

Contoh lain seperti Tiger Woods, David Beckham dan ramai lagi mereka yang dianggap berbakat tetapi sebenarnya mereka men”cipta” bakat tersebut.

Dengan kata lain, kita juga sebenarnya mampu menjadi genius dan pakar sebagaimana mereka.

5 Langkah menjadi genius dan pakar

1.   Komited dengan berlatih

Mereka yang genius sangat komited dalam berlatih kemahiran dan seni bidang yang mereka ceburi.

Mereka menganggap bidang kemahiran tersebut sebagai satu seni. Dan mereka sangat obses dengan seni tersebut dengan sentiasa berlatih memperbaiki kemahiran tersebut menjadi lebih baik hari demi hari.

Mereka berlatih lebih lama daripada orang lain setiap hari secara konsisten.

Hinggalah dalam 10 tahun latihan, mereka menjadi mahir dan pakar dalam seni tersebut.

Pada waktu itu, mereka nampak sesuatu peluang yang orang lain tidak nampak.

Dan setiap apa yang mereka lakukan sangat luar biasa sehingga mereka dianggap sebagai genius.

2.   Latihan konsisten hari demi hari

Setiap hari adalah hari untuk mereka berlatih dengan lebih baik.

Mereka memanfaatkan peluang dan masa yang ada dengan latihan berterusan tanpa berputus asa.

Mereka juga tidak mempedulikan sebarang gangguan yang muncul sebaliknya fokus dengan latihan mereka setiap hari.

3.   Sumber

Mereka yang genius dan pakar memiliki sumber rujukan yang luas.

Mereka mempunyai mentor yang hebat, pelbagai buku rujukan, sahabat setia, sokongan ahli keluarga dan hubungan jaringan interaksi yang luas.

4.   Motivasi

Tanpa motivasi diri yang tinggi, mustahil untuk mereka konsisten berlatih bertahun-tahun.

Motivasi para genius ialah untuk memberikan hasil seni yang terbaik di dalam dunia.

Motivasi utama mereka adalah menjadi cemerlang dan terbaik dalam bidang mereka.

Wang bukanlah motivasi utama mereka, sebaliknya mereka tetap melakukan apa yang mereka suka lakukan.

5.   Bangkit dan tidak berputus asa

Mereka yang genius bukanlah mereka yang tidak pernah gagal, tetapi merekalah yang paling banyak mengalami kegagalan.

Namun, mereka tidak sesekali berputus asa. Sebaliknya, terus bangun dan bangkit melakukan lebih baik lagi daripada sebelumnya.

Mereka juga adalah yang paling lama kekal dalam seni kemahiran yang mereka lakukan.

Di mana orang lain mungkin telah berhenti atau berputus asa, tetapi tidak bagi para genius.

Genius dalam Islam

Dalam Islam, konsep genius dan menjadi pakar amat dituntut terutama dalam melahirkan ulama, para dai’e, usahawan muslim jutawan, ahli profesional, ilmuwan pakar dan sebagainya.

Oleh itu, mari kita mulakan langkah untuk menjadi ahli dalam bidang yang kita minati dan berusaha sehingga kita menjadi lebih baik dan lebih baik hari demi hari. InsyaAllah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *