5 Tip Gandakan Produktiviti Dua Kali Ganda

Tip produktifAssalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Ramai yang bertanya, bagaimana ingin menjadi lebih produktif? Dapat menyiapkan setiap tugasan yang telah dirancang. Dapat membuat tugasan dengan lebih cepat. Mempunyai lebih masa untuk melakukan lebih banyak perkara lain yang penting.

“To Achieve More, Become More”

Pernahkah anda merancang sesuatu, kemudian ia hanya tinggal di atas kertas semata-mata. Atau, anda telah berjaya melakukannya tetapi berhenti di pertengahan jalan sahaja dan tidak siap-siap sehingga sekarang.

Pernahkah anda rasakan kerja anda semakin banyak setiap hari, sedangkan kerja-kerja sebelum ini masih lagi belum siap dan tertangguh.

Situasi di atas saya kira adalah normal. Kita semua sudah pasti pernah mengalaminya.

Paling penting, apakah tindakan yang kita lakukan untuk mengatasi situasi tidak cukup masa, tidak dapat fokus, banyak projek yang dirancang dan dibuat tapi satu pun tidak berjaya disiapkan lagi, dan sebagainya.

Saya juga pernah mengalami situasi di atas. Oleh sebab itu, ruangan Motivasi kali ini berkongsikan beberapa tips bagaimana kita dapat menjadi lebih produktif dan menyiapkan setiap tugasan yang telah dirancang. Semoga ia dapat membantu kita bersama.

5 Tip Gandakan Produktiviti Dua Kali Ganda

1.   Tetapkan prioriti (Prioritize)

Senaraikan semua tugasan dan projek yang anda ada. Bahagikan tugasan tadi mengikut keutamaan. Pilih SATU tugasan yang paling utama dan perlu anda siapkan dengan segera. Jika anda mempunyai banyak projek, pilih SATU projek untuk anda lakukan pada sesuatu masa.

2.   Tetapkan jangka masa (Time frame)

Kemudian anggarkan jumlah masa yang anda perlukan untuk siapkan tugasan itu tadi. Tentukan berapa jam, atau hari atau minggu yang anda perlukan. Anggarkan berdasarkan masa paling cepat dan minimum.

Jika tugasan tadi dapat disiapkan dalam masa sehari, anda hanya perlukan sehari sahaja. Sekiranya seminggu, maka peruntukkan satu minggu khas untuk SATU projek tadi sahaja.

3.   Jadual Pelan Perancangan (Schedule)

Seterusnya, tentukan hari dan waktu yang anda ingin lakukan tugasan tersebut. Saya cadangkan anda menggunakan Sistem Jadual Mingguan yang telah disediakan oleh mentor saya Robin Sharma. Download di sini.

Setelah itu, sempurnakan SATU tugasan/projek yang telah anda pilih tadi sehingga selesai.

4.   Fokus SATU perkara dan elakkan Multi-Tasking (Single Focus)

Pastikan untuk hanya fokus kepada SATU tugasan yang anda pilih tadi. Elakkan multi-tasking iaitu dengan melakukan dua atau tiga perkara pada sesuatu masa dengan serentak kerana ia akan mengganggu fokus anda.

Contohnya, sewaktu anda mulai menulis untuk blog anda atau buku anda, elakkan melayari internet, berfacebook atau mengemaskini emel anda pada waktu yang sama.

Multi-tasking hanya sesuai bagi perkara yang tidak melibatkan komitmen yang tinggi seperti mendengar radio sambil memasak dan sebagainya.

5.   Senaman 20-30 Minit setiap hari (Exercise)

Senaman

Percaya atau tidak, dengan bersenam sekurang-kurangnya 20-30 minit sehari dapat meningkatkan tenaga anda, daya fokus anda, produktiviti anda dan sudah tentu kesihatan badan anda.

Ramai yang tahu kepentingan bersenam, tetapi tidak ramai yang berjaya melakukannya. Mulakan senaman anda hari ini walaupun sekadar berjalan kaki.

Anda akan mulai lebih bertenaga,sihat minda, badan cergas dan menjadi lebih produktif!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *