5 Tip Jadikan Tahun Baru Tahun Terbaik

tip 2015 tahun terbaikAssalamualaikum w.b.t

Selamat tahun baru buat semua pembaca setia blog ini. Dalam tulisan kali ini, saya kongsikan secara ringkas bagaimana anda dapat jadikan tahun baru ini tahun yang terbaik dalam hidup anda.

Setiap kali tahun baru, kita akan mulai memasang azam baru setiap tahun. Dan azam tahun lepas yang tidak sempat dicapai, akan turut dibawa ke tahun baru ini. Walau bagaimanapun, tahun baru adalah kisah baru dan kehidupan baru di mana umur kita semakin bertambah dan kita seharusnya menjadi lebih matang.

Justeru, mari kita mulakan tahun baru ini dengan permulaan yang lebih baik dengan merancang tahun baru ini dengan sebaiknya. Jadikan tahun ini tahun terbaik. Hari ini hari yang terbaik. Dan hari esok lebih baik daripada hari ini. InsyaAllah kita akan sentiasa hampir dengan kejayaan.

5 Tip Tahun Baru Tahun Terbaik

1.   Reset Minda

Segarkan minda anda. Setkan satu pemikiran dan pandangan baru ke arah hidup yang lebih baik. Ambil sedikit masa dan tenangkan minda anda. Walau bagaimana mencabar tahun lepas yang telah dilalui dengan pelbagai ujian terhadap negara, reset kembali minda supaya menjadi tenang dan tidak bimbang bagi menghadapi tahun baru ini.

Sudah semestinya tahun ini lebih mencabar dari segi ekonomi dan kos sara hidup. Untuk itu, kita perlu sediakan minda kita bagi bersedia melakukan perancangan dan perubahan di dalam diri dan di dalam hidup ke arah lebih baik.

2.   Tetapkan 3 Gol Anda Pada Tahun Ini

Tetapkan 3 Gol Utama, iaitu azam tahun baru ini yang anda ingin capai. Kemudian, tentukan bila dan bulan berapa. Rangkalah pelan tindakan dan bagaimana anda dapat mencapainya.

Tanpa gol dan matlamat, tahun ini akan menjadi sama sahaja dengan tahun-tahun yang terdahulu. Untuk itu, apakah 3 gol utama anda pada tahun ini? Tulis dan tampalkan.

3.   Bina 3 Disiplin Baru Pada Tahun Ini

Seterusnya, apakah 3 tabiat atau disiplin diri yang ingin anda bentuk pada tahun ini. Contohnya, pada tahun ini anda sudah tidak mahu mengulangi kesilapan yang sama sebagaimana tahun yang lalu dan membina tabiat yang dilakukan oleh orang yang cemerlang.

Contohnya :

  1. Membaca buku 30 minit setiap malam
  2. Membaca al-Quran 3 muka surat setiap hari
  3. Bangun pada pukul 5 pagi setiap hari
  4. Menulis artikel blog 3 kali seminggu
  5. Tidak membazir masa
  6. Membina jadual harian dan mematuhinya setiap hari
  7. Tidak merokok
  8. Menjaga pemakanan dan kesihatan badan
  9. dan sebagainya

4.   Capai Keseimbangan

Hidup ini bukan sekadar bekerja semata-mata. Ia perlukan keseimbangan di antara kerja dan kehidupan seharian. Bagaimana hubungan dan tanggungjawab anda dengan keluarga? Dengan anak-anak? Dengan pekerja? Dengan diri sendiri? Rakan-rakan? Pada agama dan negara?

Fikirkan dan rancanglah sebaiknya bagaimana hidup anda pada tahun ini dapat menjadi seimbang dalam setiap perkara.

5.   Setiap Hari Adalah Hari Yang Terbaik

Tempuhi setiap hari dalam tahun baru ini dengan menjadikannya hari yang terbaik anda. Lakukan perubahan dan tindakan walau sekadar hanya 1% setiap hari. Yang mana akhirnya anda sebenarnya telah melakukan 365% perubahan berbanding pada tahun sebelumnya.

Walau sekecil manapun tindakan, mulakan ia dan berterusan sehingga selesai.

Semoga tahun ini tahun terbaik buat saya dan anda. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *