5 Tip Reset Tindakan Hidup Luar Biasa

doa murah rezekiAssalamualaikum w.b.t

Seringkali kita gagal bertindak sebagaimana yang dirancang. Apakah puncanya dan dimanakah silapnya. Mari kita telusuri disiplin dalam tindakan dengan mulai reset tindakan kita untuk bertindak luar biasa.

5 Tip Reset Tindakan Hidup Luar Biasa

  1. Disiplin masa

Kawal masa setiap hari dengan membina jadual. Blok masa premium anda daripada diganggu oleh hal yang tidak penting. Setelah membina jadual tindakan apa yang perlu dilakukan pada hari tersebut, maka disiplinkan diri untuk mengikutinya.

  1. Disiplin pemakanan

Tenaga tindakan sentiasa dipengaruhi oleh apa yang dimakan. Jika kurang makan, kita akan kurang bertenaga. Tetapi, jika terlebih makan, kita akan menjadi letih, mengantuk dan malas. Oleh itu, kawal pemakanan dengan makan secara sederhana sahaja.

Seeloknya, makan dua jam sebelum kita ingin memulakan sesuatu projek atau perkara penting agar dapat memberi masa untuk makanan yang dimakan diproses.

  1. Disiplin persekitaran

Pilih tempat yang sesuai, selesa dan produktif untuk kita melakukan sesuatu projek dengan fokus dan tenang. Elakkan melakukan perkara penting di hadapan tv, di atas katil, di ruang tamu dan sebagainya. Pilih tempat khas dan masa yang sesuai untuk kita bekerja dan mencari idea dan berfikir dengan tenang dan kreatif.

  1. Disiplin perancangan

Rancang projek dengan jelas di atas kertas dan tindakan yang perlu anda lakukan. Kemudian, lakukanlah SATU persatu hingga selesai projek tersebut. Elakkan melakukan pelbagai tugasan secara serentak pada suatu masa bagi mengelakkan rasa terbeban dan kurang fokus.

  1. Disiplin amalan

Kadang-kadang kita tidak dapat bertindak dan melakukan sesuatu perkara kerana malas, tiada mood, letih, tidak bersemangat dan hati tidak tenang.

Justeru, berhenti seketika dan berehatlah. Cari ketenangan dengan amalan berzikir, dalam solat, membaca al-Quran, qiamullail dan berehat secukupnya. Lawati tempat yang menenangkan dan jauh dari gangguan seperti di masjid, pustaka, taman bunga, tepi pantai dan sebagainya.

Mungkin kita sebelum ini terlalu sibuk tanpa sempat merehatkan diri. Temui ketenangan di dalam diri dengan mendekati Allah, mendekati alam dan merenung jauh ke dalam diri melihat kembali apa yang kita kejar dan inginkan di dalam hidup ini. Apakah ia dilakukan kerana Allah atau kerana habuan dunia semata-mata?

Moga dengan renungan dan muhasabah ke dalam diri ini, kita akan temui kembali semangat yang hilang dan mulai kembali bertenaga untuk bertindak luar biasa. Insya-Allah.

———————————————————————-

Baca lanjut tulisan saya bagaimana mencapai hidup yang bermakna sebagaimana yang anda impikan, kaya dan berjaya dengan reset minda, reset jiwa dan reset tindakan melalui buku Formula Luas Rezeki. Dapatkan di kedai buku berhampiran atau melalui saya, sms/whatsapp 0132227394.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *