6 sebab kenapa income tak naik dan ubatnya

Semangat berjayaAssalamualaikum w.b.t

Segala sesuatu yang berlaku ada sebab dan akibat.

Begitu juga dengan pendapatan income kita setiap bulan.

Adakah income bulanan kita semakin bertambah, tetap atau semakin berkurang.

Semuanya ada sebab dan akibatnya.

6 sebab kenapa income tak naik dan ubatnya

1.   Ilmu kita menentukan tahap income kita

Apabila kita dapat membuat konsisten RM3000 sebulan, maka tahap ilmu yang kita miliki adalah bagaimana untuk dapat RM3000 sebulan.

Menurut Dr Azizan Osman, kita tidak dapat mencapai lebih daripada RM3000 sebulan mungkin kerana ilmu kita hanya setakat itu sahaja.

Iaitu kita hanya tahu cara untuk dapatkan RM3000 sebulan.

Jadi bagaimana cara untuk meningkatkan pendapatan melebihi RM3000 sebulan dan berkali ganda?

Tidak lain ialah dengan menambah ilmu kita bagaimana untuk meningkatkan lagi jualan kita.

Antara caranya ialah membaca buku berkaitan perniagaan, menghadiri kursus perniagaan, kursus pemasaran, mendapatkan nasihat pakar dan mentor yang telah berjaya dalam bidang yang sama dengan perniagaan kita.

2.   Tidak menjaga hubungan dengan Allah

Perniagaan yang berkat akan menerima rahmat dan rezeki yang berlimpah ruah.

Sekiranya income kita tidak bertambah, apatah lagi semakin berkurang, maka berhentilah seketika dan berikan waktu untuk kita muhasabah diri kita.

Bagaimanakah hubungan kita dengan Allah? Bagaimana amal ibadah wajib kita? Solat berjemaah? Amalan selawat? Solat sunat Dhuha?

Adakah semuanya telah kita jaga dan tunaikan dengan ikhlas.

Begitu juga, dalam urusan jual beli kita, adakah mengikut aturan Islam atau sebaliknya, jujur dalam perniagaan, amanah dan lemah lembut.

Ini kerana Allah Maha Pemberi Rezeki. Bagaimana ingin mendapat rezeki yang banyak sedangkan kita bermaksiat dan penuh dengan dosa kepada Tuhan Yang Memberi Rezeki.

Justeru, ayuh kita semak hubungan kita dengan Allah dan mengamalkan segala yang Allah sukai dan meninggalkan perkara yang Allah murkai.

3.   Tidak fokus dan konsisten

Ramai yang berniaga dan dalam 3-5 tahun telah berhenti atau bertukar-tukar perniagaan. Ada juga yang sudah berputus asa dan tidak berniaga lagi.

Antara puncanya ialah cuba melakukan banyak perkara secara serentak dan tidak fokus kepada satu perkara atau satu perniagaan sahaja sehingga berjaya.

Akibatnya, perniagaan dilakukan sekerat jalan sahaja.

Ubatnya, pilih perniagaan yang diminati, dan sanggup dilakukan walaupun sekiranya anda tidak dibayar. Teruskan berniaga dan pelajari selok-belok perniagaan dan pemasaran sehingga anda berjaya.

4.   Usaha biasa-biasa

Usaha biasa-biasa maka income kita pun biasa-biasa juga.

Untuk lebih berjaya, usaha keras adalah kuncinya.

Orang yang bertindak pantas dan luar biasa lebih cepat mencapai kejayaan dan maju dalam perniagaan.

Tindakan mesti luarbiasa hebat.

Bukan sekadar melepaskan batuk di tangga.

Contohnya, membuka kedai apabila rajin sahaja dan tidak mempunyai jadual berniaga yang tetap.

Sebab itulah, pelanggan tidak ramai dan pendapatan semakin berkurang.

Layanan dan khidmat sokongan terhadap pelanggan juga penting.

Pelanggan dapat menilai tahap keseriusan kita berniaga hanya dengan melihat cara layanan kita terhadap mereka, jumlah stok barang di kedai, susun atur kedai dan jenama perniagaan kita.

5.   Banyak try and error

Ramai yang berniaga tanpa mentor. Ia tidak salah bahkan anda menimba lebih banyak pengalaman jatuh bangun dalam bisnes.

Namun, lebih baik jika try and error dalam perniagaan dapat disingkatkan dengan mengambil nasihat daripada guru atau mentor yang telah berjaya dalam perniagaan yang kita lakukan.

Sudah tentu masa kita dapat dijimatkan dan kita akan berjaya sebagaimana mentor kita berjaya.

Masalahnya, ramai yang tidak ingin mencari mentor untuk membimbing mereka.

Sebaliknya, lebih suka berniaga seperti biasa. Oleh sebab itulah, hasil income juga seperti biasa.

Ubatnya, pilih mentor yang telah terbukti berjaya dan tiru apa yang mereka lakukan.

Pelajari sistem perniagaan mereka dan tiru sehingga berjaya.

6.   Tiada kemahuan kuat untuk berjaya

Perniagaan perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh.

Apakah semangat dan kemahuan anda untuk berjaya cukup kuat?

Kemahuan diri yang tinggi dan rasa perlu berjaya demi mencapai impian akan mendorong seseorang itu lebih cepat mencapai kejayaan.

Untuk mendapat sesuatu yang berharga, pengorbanan perlu dilakukan.

“Maka sesungguhnya sesudah kesusahan itu ada kesenangan” -Surah al-Insyirah : 5

semangatLike & share.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *