6 Tip Cara kekal bermotivasi mencapai Impian Hidup 2018

Assalamualaikum w.b.t

Motivasi sentiasa turun dan naik.

Kadangkala kita bersemangat, dan kadangkala kita lemah semangat.

Yang berjaya, ialah yang mampu bergerak ke hadapan dan tidak mengalah.

Tetap bergerak walaupun perlahan.

Dalam buku saya, Formula Luas Rezeki, ada saya kongsikan berkaitan mengejar impian.

Apakah impian hidup anda? Apakah BIG WHY anda? Apa yang anda ingin capai? Apa yang ingin anda sumbangkan?

Impian tidak seharusnya hanya berbentuk harta benda.

Tapi, impian hendaklah dari segi impian kejiwaan, impian kesihatan, impian berkeluarga, impian dari segi pekerjaan, impian kewangan, impian cabaran hidup dan impian sumbangan.

Boleh baca tulisan awal saya 8 Jenis Kekayaan di sini.

Jadi, bagaimana mahu kekal bermotivasi mencapai impian?

Tip kekal bermotivasi mencapai Impian 2018

1. Tulis impian anda dengan jelas mengikut tahun dan bulan. Apakah top 5 impian anda tahun 2018 ini?

2. Senaraikan 1-3 impian anda mengikut 8 Jenis Kekayaan di sini.  Buat 1 Page-Plan anda.

3. Tampal impian anda di dinding bilik anda dan juga tulis dengan kemas di dalam Diari anda.

4. Setiap pagi, sentiasa lihat dan gambarkan Pelan Impian Anda. Lakukan setiap hari sehingga anda dapat idea/cara yang perlu anda lakukan untuk capai impian tersebut. Yakin

5. Untuk kekal bermotivasi, baca 1 buku sebulan (minimum) berkaitan motivasi dan perniagaan, dan sentiasa dengarkan perkongsian daripada pakar-pakar motivasi dalam bidang anda. Orang yang sentiasa belajar, akan sentiasa di hadapan. Anda boleh follow rakan FB dari pakar dan mentor perniagaan.

6. Be-OFFLINE. Luangkan satu jam untuk anda seorang diri. Tiada internet dan tiada rakan-rakan.

Hanya masa untuk anda beribadah, berfikir dan merancang. Masa yang terbaik adalah pada waktu awal pagi jam 5 – 6 pagi. Qiamullail, berdoa dan buat aktiviti paling penting anda di awal pagi. Anda akan rasa tenang untuk hadapi hari anda.

InsyaAllah.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *