7 Baby step hidup bebas kewangan

kos hidupAssalamualaikum w.b.t

Untuk mendapat sesuatu, kita perlu lakukan sesuatu tindakan. Sekiranya tidak, kita tetap akan berada pada situasi kita sekarang.

Dari segi kewangan, tahap kewangan kita akan sama setiap bulan. Sekiranya tiada usaha dan tindakan, kita akan hanya bergantung pada satu sumber pendapatan.

Dalam membina aset dan kekayaan, tindakan yang sedikit tetapi berterusan akan menghasilkan kesan yang besar.

Contohnya, dengan menabung RM1 sehari selama setahun sudah menjadi RM365. Dan dengan berjimat duit serendah RM1 sehari kita telah jimat RM365. Jadi, pendapatan kita setahun sudah RM730 hasil dari amalan yang sedikt tapi berterusan. Sekiranya 10 tahun, sudah menjadi RM7300.

Begitu juga, orang yang berjaya dalam hidup mereka, sudah pasti pernah melalui zaman kesusahan terlebih dahulu. Daripada susah, mereka bertindak sedikit demi sedikit untuk keluar dari zon selesa dan akhirnya mereka berjaya.

Walaupun kita tidak tahu ke mana arah tuju hidup kita, tapi ia tidak bermakna kita tidak dapat merancang hidup kita dengan sebaiknya.

Ini kerana kita yang mempunyai pilihan untuk bertindak dan memilih apakah tindakan yang ingin kita lakukan.

Pilihan di tangan kita

Kita mempunyai pilihan untuk memilih bekerja lebih masa, menambah pekerjaan, berniaga online atau offline, menyimpan wang dan tidak mengusiknya, hidup berjimat cermat, beli apa yang perlu dan bukan apa yang mahu, tidak menggunakan kad kredit, tidak berhutang tanpa keperluan, menjimatkan tenaga, fokus dalam bertindak dan menjaga masa berharga.

Pilihan adalah di tangan kita untuk kita bertindak dan merancang hidup dengan apa yang telah Allah berikan pada kita.

Dalam buku saya, Formula Luas Rezeki, bukannya kita miskin, tapi kita seringkali membazirkan 3 nikmat yang Allah telah berikan pada semua orang.buku formula luas rezeki zulpress

Nikmat mempunyai fikiran yang sihat (minda yang sihat), nikmat hati dan jiwa (jiwa dalaman yang bersih) dan nikmat kekuatan fizikal untuk bertindak dan bergerak melakukan sesuatu.

Minda, jiwa dan tindakan adalah aset yang sudah dibekalkan Allah dalam diri setiap orang. Hanya bagaimana kita menggunakan minda kita dengan menambah ilmu, menggunakan jiwa kita mencari ketenangan dan kebahagiaan hidup dan menggunakan nikmat masa dan tindakan untuk bertindak mencapai impian.

Tetapi, seringkali, kita lalai. Minda berkarat apabila tidak menambah ilmu dan membaca, jiwa yang kotor apabila mula meninggalkan solat dan melakukan dosa, dan malas dalam melakukan tindakan yang luar biasa dan suka hidup dalam zon selesa.

Maka, oleh sebab itulah kita semakin ketinggalan dari setiap segi dalam hidup di dunia dan akhirat. Justeru, reset minda, reset jiwa dan reset tindakan kita mulai hari ini dan temui semula kelebihan, kekuatan dan kemampuan potensi sebenar yang tersimpan dalam diri kita masing-masing untuk hidup kaya berjaya di dunia dan akhirat.

7 Baby step hidup bebas kewangan

  1. Elakkan berhutang yang tidak menambah pendapatan kepada kita

Berhutang dengan bank untuk membeli rumah dan menyewakannya untuk menjana pendapatan pasif setiap bulan adalah hutang yang baik. Tetapi, berhutang untuk membeli televisyen, perabot, barangan mahal, bercuti dan hidup lebih dari kemampuan adalah tidak baik.

  1. Simpan wang 10% gaji dan tambah lagi peratus simpanan apabila mampu.
  2. Berjimat dan guna wang kepada perkara yang penting sahaja.
  3. Rangka pelan menambah pendapatan kedua dan ketiga dan seterusnya.

Pilih untuk bekerja lebih masa atau mula berniaga part-time secara online atau offline. Keluar dari zon selesa dan belajar merancang pendapatan dan menambah sumber kewangan.

  1. Simpan wang keuntungan dan wang penjimatan. Laburkan wang dan keuntungan yang diperoleh.

Pelajari mana-mana ilmu pelaburan hartanah, emas dan saham dan peluang lain yang boleh menggandakan pendapatan.

  1. Sentiasa hidup dengan bersyukur dan patuh kepada Allah (dengan beribadah, bersedekah dan berwaqaf) untuk memastikan hidup sentiasa dalam ketenangan dan keberkatan dalam rezeki dan dalam kehidupan.
  2. Tambah ilmu dengan belajar dan membaca setiap hari dan praktik apa yang telah dipelajari dengan yakin.

Jom kita mula bertindak sedikit demi sedikit (baby step) ke arah hidup yang lebih bermakna, kaya dan berjaya dunia dan akhirat.

Semoga dapat kita amalkan bersama untuk mencapai bebas kewangan, mencapai impian hidup kita dan dapat membantu lebih ramai orang yang memerlukan. InsyaAllah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *