Aku Yang Baru

HijrahAssalamualaikum w.b.t

Ramai yang ingin ubah hidup mereka menjadi lebih baik, tapi ramai juga yang kembali kepada diri mereka yang asal seperti dahulu. Dengan ilmu yang sama, fikiran yang sama dan tindakan yang sama tidak akan membawa kita ke arah kejayaan.

Kita perlu berubah walaupun ia nampak payah.

Sampai satu masa dan ketika, kita perlu betul-betul berubah menjadi diri kita yang baru.

Kita tidak mahu lagi membazir masa, mengabaikan tanggungjawab kita, hidup serba tidak cukup dan tidak temui ketenangan dalam hidup.

Sesuatu yang perlu diubah. Dan langkah pertama adalah ubahlah diri kita sendiri.

8 Tip Berubah Menuju Kejayaan

1. Kemahuan yang kuat untuk berubah (Desire) – Cari titik motivasi iaitu sebab yang kuat untuk anda berubah menjadi diri anda yang baru. Nikmati perubahan tersebut dengan membayangkan bagaimana anda menjadi diri anda yang baru.

2. Visualisasi (Visualise) – Bayangkan diri anda yang baru seakan-akan anda telah pun berubah. Bayangkan dengan sejelas-jelasnya anda menjadi diri anda yang terbaik pada setiap hari sepanjang hidup anda.

3. Bertindak (Act) – Bertindaklah seperti anda menjadi diri anda pada masa hadapan di mana anda telah pun menjadi diri anda yang baru pada setiap hari.

4. Jaga Fikiran (Alter Thoughts) – Ubah pemikiran lama anda yang anda tidak boleh berubah. Sebaliknya sentiasa jaga fikiran anda dengan hanya berfikir apa yang anda seharusnya fikir mengikut perspektif diri anda yang baru yang telah berjaya.

5. Rasakan (Feel it) – Rasakan nikmat perubahan tersebut seperti mana anda telah pun berubah.

6. Percaya (Faith) – Bina kepercayaan yang tinggi yang anda akan berjaya dengan diri anda yang baru. Jangan fikirkan bagaimana, bila anda akan berjaya dan langkah-langkah yang anda harus ambil, tetapi fokus teruskan bina keyakinan dan kepercayaan.

7. Tutup Pintu (Weld the door shut) – Tutup pintu kepada diri anda yang lama supaya anda tidak boleh menjadi kembali seperti perangai dan tindakan anda yang lama. Buat satu perubahan kekal dalam diri anda seperti tinggalkan kawan lama yang negatif, tabiat lama yang negatif, berhijrah ke tempat yang lebih baik, pekerjaan yang lebih baik, menyambung pelajaran, belajar ilmu baru dan tinggalkan zon selesa anda.

8. Sentiasa Sedar (Be Conscious) – Anda sentiasa sedar dan berjaga-jaga sepanjang masa apa yang berlaku di sekeliling anda dan fokus pada perubahan dan tindakan yang terbaik sahaja pada setiap masa.

~ The Secrets of Prosperity, oleh Rik Schnabel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *