Belum berjaya? Jangan putus asa..InsyaAllah ada jalannya

jangan putus asa

Assalamualaikum w.b.t

Dalam hidup, kadangkala kita akan berasa sedih, kecewa dan hampir berputus asa.

Apa yang diusahakan menemui kegagalan, dan masih belum berjaya walaupun sudah berkali-kali kita mencuba.

Akhirnya, ada orang yang mereka sudah berputus asa dan mengundurkan diri daripada apa yang mereka kejar selama ini.

Mereka mula undur diri daripada mengejar impian yang telah ditetapkan dan diimpikan selama ini. Sebabnya adalah kerana mereka sudah ‘letih’ berusaha dan sudah gagal beberapa kali dan sudah rugi yang banyak.

Sudah berniaga, tapi tidak untung.

Sudah berusaha, tapi selalu gagal.

Sudah meminjam dan keluarkan modal, tapi rugi pula.

Sudah menyimpan, tapi tidak cukup malah berhutang pula.

Tidak tahu apa harus dilakukan lagi untuk tambah pendapatan.

Ingin berniaga, tapi tidak tahu caranya dan tiada pengalaman.

Disinilah ujian dalam menempuh kejayaan. Di saat kita diuji, apakah kita mengundur diri atau kita semakin bangkit melawan kembali?

Yang mana satu pilihan kita adalah keputusan masing-masing.

Dan sudah pasti, mereka yang BERJAYA dalam hidup mereka, bukannya yang tidak pernah gagal tapi sebaliknya merekalah paling banyak GAGAL. Namun, rahsianya ialah kegagalan itu dijadikan sebagai jalan untuk mereka menemui KEJAYAAN.

Apabila sikap putus asa sudah tiada dalam kamus hidup, orang berjaya pantang menyerah. Mereka masih lagi berusaha walaupun sedikit demi sedikit. Walaupun dalam kekurangan dan dikelilingi masalah.

Namun, ada satu yang membuatkan mereka terus berusaha, berjalan, melangkah dan berlari. Iaitu mereka YAKIN akan berjaya dengan izin ALLAH.

Bila waktunya dan bagaimana caranya adalah urusan ALLAH. Tugas kita adalah berusaha dan berusaha dengan ilmu yang sentiasa ditambah, dengan jiwa yang sentiasa bersih dan yakin dengan rezeki ALLAH, dan dengan tindakan yang besar dan luar biasa.

Apabila ALLAH Maha Besar membantu kita, siapa lagi yang mampu menghalang kita daripada hidup yang kaya berjaya dunia dan akhirat.

Justeru, doa adalah senjata. Tawakal dan usaha adalah pelurunya.

Bukan bagaimana kita bermula dan berakhir yang harus kita fikirkan, tapi bagaimana kita bertindak pada hari ini dan apa yang telah kita berikan dan sediakan untuk kehidupan kita di dunia dan di akhirat nanti.

JANGAN BERSEDIH dan berPUTUS ASA lagi. Semak dahulu apa yang kurang dan dimana silapnya.

Checklist kenapa GAGAL?

Jaga hubungan dengan ALLAH

– menjaga solat 5 waktu dijaga dan berjemaah bagi lelaki

– membaca Al-Quran setiap hari

– bersedekah setiap hari

– amalan murah rezeki, Duha

– hubungan baik dengan ibu bapa dan manusia lain termasuk dengan haiwan dan tumbuhan

– banyakkan berzikir, berselawat, beristighfar dan berdoa.

Jaga hubungan dengan MANUSIA

– ucapkan salam dan senyum pada orang lain

– membantu dan menolong orang dalam kesusahan

– berkata-kata baik

– hormat orang lain

– jujur, amanah dalam kerja mencari rezeki yang halal dan suci

– pilih kawan yang positif dan telah berjaya. Bukan ‘biawak’ yang merendahkan motivasi kita untuk berjaya

Jaga hubungan dengan DIRI SENDIRI

– sentiasa tambah ilmu setiap hari

– jaga makanan yang diambil, mesti halal dan suci

– jauhi MALAS

– urus masa dengan berkualiti

– buat jadual dan perkara yang ingin dilakukan setiap hari

– lihat impian setiap hari

– bertindak dengan matlamat yang jelas setiap hari

Inilah antara checklist apakah kita di landasan menjadi muslim yang beriman dan bertakwa.

Semoga dapat kita amalkan.

Yakinlah, setiap masalah ada penyelesaiannya apabila kita mula berjalan di atas landasan takwa.

Dalam buku ini terdapat 54 resipi dan formula kaya minda, kaya jiwa dan kaya harta untuk berjaya di dunia dan akhirat. Ketahui lanjut dan dapatkan buku FLR ini di sini.

banner-baru-flr

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *