Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,
Dalam kehidupan kita sehari-hari, kita sudah tentu tidak dapat tidak perlu memikirkan persoalan berkaitan duit.
Duit, harta, pangkat dan wanita adalah antara perhiasan dunia sebagai ujian buat manusia.
Kita dapat lihat ramai juga manusia yang menjadi hamba duit. Tujuan hidupnya adalah semata-mata untuk mencari duit dan mengumpul harta.
Sehingga mereka mulai lalai dan lupa untuk menunaikan perkara yang lebih besar dan paling penting iaitu solat lima waktu dan beribadah kepada Allah Taala.
Mereka juga lupa untuk menikmati masa yang berharga untuk bersama keluarga dan memberi kasih sayang serta perhatian kepada anak-anak.
Tidak salah untuk mencari duit dan mengumpul harta, cuma janganlah sehingga mengabaikan perkara yang lebih utama.
Bekerja mencari duit adalah satu ibadah apabila diniatkan semata-mata kerana Allah Taala, pekerjaan tersebut halal, dilakukan dengan cara yang betul dan bersungguh-sungguh.
Dalam kita berusaha mencari duit, saya tertarik dengan perkongsian Pak Nik di RadioIkim.fm berkaitan duit.
Pak Nik telah memberikan satu petua yang berguna daripada ejaan DUIT itu sendiri. Di mana ia sedikit diubah suai menjadi DUIIIIIIT.
D – Doa
U – Usaha
I – Ikhtiar
I – Itqan
I – Istiqamah
I – Ilmu
I – Iman
I – Ihsan
T – Tawakkal
Semoga kita dapat mengamalkan petua DUIIIIIIT ini dalam kita mencari rezeki bekerja dan berniaga. 🙂
Leave a Reply