9 Tip Motivasi Selepas diberhenti kerja

fikiran besarAssalamualaikum w.b.t

Berhenti kerja bukanlah pilihan kita sekiranya kita belum bersedia.

Tidak mudah untuk mula mencari pekerjaan baru kecuali kita memang mempunyai kemahiran dan kelebihan yang dapat membolehkan majikan memilih kita.

Hidup tanpa pekerjaan tidak mudah dengan kos kewangan dan banyak yang perlu ditanggung.

Namun, ia bukanlah pengakhiran buat diri kita dan keluarga.

Sudah pasti ada hikmah yang tersembunyi yang Allah mahu kita pelajari daripada setiap yang berlaku.

Hidup perlu diteruskan. Dan yakinlah hari ini dan hari akan akan lebih baik apabila kita yakin rezeki Allah itu tersangat luas.

Jadi, apa yang kita perlu lakukan :

  1. Dekatkan diri dengan Allah – mulakan dengan amalan solat sunat taubat, beristighfar dan berselawat. Nescaya hati kita akan tenang.
  2. Teruskan dengan solat sunat hajat, berzikir dan amalan sunat duha setiap pagi.
  3. Amalan solat fardu dijaga dan dibuat secara berjemaah mengikut kemampuan kita.
  4. Mula berusaha mencari pekerjaan baru dengan diiringi doa dan solat hajat agar dipermudah Allah. Pilih pekerjaan yang mampu kita lakukan dan jangan terlalu memilih.
  5. Mula berniaga dengan memilih perniagaan kecil-kecilan dengan modal yang rendah seperti bisnes makanan atau tanpa modal seperti dropship/affiliate di internet.
  6. Cari mentor dan belajar melalui kelas keusahawanan untuk kita lebih mahir dalam perniagaan
  7. Jangan malu atau takut atau malas. Yakin kita akan berjaya. Sudah pasti kita letih pada mulanya kerana ia perkara baru yang kita lakukan , tapi anggaplah ia permulaan kepada kejayaan kita insyaAllah.
  8. Bersedekah semampu yang kita boleh walaupun sedikit. Ingatlah, sedekah akan meluaskan pintu rezeki.
  9. Bersabar dan yakin ada peluang yang lebih besar menanti anda. InsyaAllah.

Semoga dipermudah Allah segala urusan dan diluaskan rezeki oleh Allah. Aamiin.

One Response

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *