Hidup biasa-biasa vs Hidup luar biasa

hidup luar biasaAssalamualaikum w.b.t

Dalam hidup ini, ada orang yang bertindak biasa-biasa dan ada juga yang bertindak luar biasa.

Orang yang biasa-biasa adalah seperti orang kebanyakan yang kehidupan mereka adalah mempunyai waktu untuk bekerja dan waktu untuk berehat bersama keluarga dan bersosial.

Rutin hidup mereka adalah hampir sama hari demi hari, minggu dan tahun.

Manakala, orang yang bertindak luar biasa adalah mereka yang kehidupan mereka sedikit berbeza daripada orang kebanyakan.

Waktu mereka dibahagikan untuk bekerja, berehat, bersosial dan ditambah satu lagi waktu iaitu waktu mengejar matlamat.

Contohnya, matlamat ingin menjana pendapatan pasif dan bebas kewangan.

Inilah yang membezakan antara mereka yang biasa-biasa dengan mereka yang luar biasa.

Hidup biasa-biasa

Orang yang bertindak biasa-biasa seringkali mengulang skrip kehidupan yang sama.

Oleh sebab itulah, mereka akan dapat hasil yang sama dan selalunya dapat apa yang biasa mereka dapat.

Gaji mereka biasanya adalah tetap. Rutin harian mereka juga adalah tetap.

Mereka hidup selesa dan berasa cukup tanpa perlu melakukan sebarang perubahan.

Mereka hanya akan membuat perubahan apabila sesuatu keadaan memaksa mereka untuk berubah.

Hidup luar biasa

Orang yang hidup luar biasa mempunyai matlamat, gol dan visi hidup yang jelas.

Seorang usahawan, mempunyai matlamat menjadi jutawan dan mencapai pendapatan pasif di samping membina empayar perniagaannya.

Usahawan tahu apa yang mereka mahukan dan apa yang perlu mereka lakukan.

Setiap hari yang dilalui adalah peluang dan anugerah oleh Allah untuk mereka melakukan yang terbaik untuk mencapai matlamat dan gol yang ditetapkan.

Mereka mempunyai impian yang luar biasa dan bertindak dengan luar biasa.

Mereka konsisten dan bertindak sedikit demi sedikit tetapi berterusan. Mereka sentiasa yakin di mana mereka insyaAllah akan berjaya.

Mereka didorong oleh rasa ingin berubah atas kemahuan sendiri untuk mengubah nasib diri dan keluarga agar menjadi lebih baik.

Mereka sentiasa berusaha, menambah ilmu dan bertindak.

Mereka merancang masa mereka dengan sebaiknya dan tidak dibazirkan dengan aktiviti yang tidak produktif.

Mereka bersusah-susah dahulu dan bersenang-senang kemudian.

Kelak, mereka akan nikmati hasil positif daripada usaha mereka yang berterusan tanpa rasa jemu dan mengaku kalah di mana pendapatan yang mereka peroleh akan melebihi pendapatan harian mereka sebelum ini.

Pilihan anda

Hidup biasa-biasa atau hidup luar daripada biasa adalah pilihan masing-masing.

Saya memilih untuk hidup luar daripada biasa dan memperuntukkan waktu malam saya beberapa jam sehari untuk mencapai matlamat dan gol yang telah saya tetapkan.

Bagaimana dengan anda? Sanggupkah anda meluangkan masa berharga anda walau satu jam setiap hari untuk mengejar cita-cita dan impian anda.

Semoga tindakan luar daripada biasa yang anda lakukan hari ini akan menjadikan anda insan yang hidup luar biasa.

InsyaAllah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *