Nak berjaya perlu keluar daripada ZON SELESA – 4 Tip BANGKIT BERJAYA

Assalamualaikum w.b.t

Mentor saya pesan, jika nak berjaya dalam hidup, perlu keluar daripada Zon Selesa.

Apakah Zon Selesa?

Kita akan dapat apa yang kita selalu buat. Allah tak akan ubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka berusaha untuk UBAH apa yang ada pada diri mereka.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS.13:11

Allah gunakan perkataan UBAH.

Maksudnya kita perlu UBAH apa yang ada pada diri kita terlebih dahulu.

Apa yang ada pada diri kita?

Tidak lain minda, jiwa dan tindakan kita.

Ramai yang gagal bertindak luar biasa kerana minda mereka.

Fungsi minda adalah antaranya untuk berfikir.

Apabila kita ubah cara fikir, kita akan lihat sesuatu masalah daripada perspektif cara yang berbeza.

Cara fikir orang ramai : Si A bolehlah jadi jutawan sebab memang rezeki dia. Dia memang berniaga sejak kecil lagi. Aku ni memang ditakdirkan makan gaji…

Cara fikir jutawan : Si A boleh jadi jutawan sebab dia usaha. Mesti ada tindakan dia yg dia buat yang aku boleh tiru dan belajar. Aku pun boleh jadi jutawan kalau ikut cara dia

Ingat, yang meletakkan batasan pada kemampuan sebenar kita adalah kita sendiri.

Sedangkan Allah ciptakan manusia sebaik-baik kejadian sebagai khalifah pemimpin di muka bumi.

Jadi, apakah layak manusia sebaik-baik kejadian hanya menghabiskan masa dengan lepak dan berbual kosong, bermain game berjam-jam dan terlalu banyak berehat?

Sedangkan orang bukan Islam lain sibuk usaha untuk UBAH hidup mereka…

4 Tip Bangkit Berjaya Motivasi Keajaiban

1. Ubah cara fikir : Baca banyak buku motivasi dan dengar tip2 dari orang yang dah berjaya untuk lihat cara fikir dan cara mereka bertindak. Jika mereka boleh, cuba bagi saya 10 alasan kenapa ANDA tak boleh ? 🙂

2. Ubah cara hidup : Buat jadual hidup seperti orang berjaya dan tampal. Nak template jadual hidup? PM tepi saya.

3. Ubah tindakan : Mula ikut jadual hidup. Buang semua tindakan negatif. Bina tindakan positif. Buat banyak kebaikan.

4. Ubah circle/rakan : Pilih rakan yang berjaya dalam hidup supaya kita ikut berjaya dengan jejak mereka.

Ayuh bangkit orang Islam. Kita punya Allah tuhan sekalian Alam.

Percaya Allah. Ubah hidup dan nikmati keajaiban rezeki Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *