Kenapa mahu berniaga?

tip memilih bisnes perniagaanAssalamualaikum w.b.t

Apabila ditanya kepada mereka yang berniaga, kenapa mahu berniaga?

Antara jawapan mereka ialah :

Ingin menjadi kaya raya

Ingin mengubah hidup ke arah lebih baik

Ingin mendapat pendapatan sampingan

Ingin bebas kewangan

Sebab orang lain pun berniaga

Dan banyak lagi.

Samaada berniaga secara sepenuh masa atau separuh masa, kenapa kita mahu berniaga adalah terletak pada NIAT.

Apabila jelas dan betul NIATnya, maka berniaga adalah menjadi ibadah.

Sama seperti bekerja makan gaji, ia akan menjadi ibadah apabila diniatkan untuk mencari rezeki yang halal untuk diri dan keluarga.

NIAT berniaga adalah untuk membantu memberi kebaikan, manfaat, penyelesaian masalah dan kelebihan kepada orang lain.

Semakin ramai yang kita bantu, semakin bertambah amal kebaikan kita dan semakin luas rezeki kita.

Berniaga bukan sekadar untuk dapatkan duit dan keuntungan segera. Tapi untuk memberi NILAI kepada pembeli.

Apabila kita fokus pada nilai dan membantu menyelesaikan masalah pembeli, maka kita akan hasilkan produk yang berkualiti, memberi perkhidmatan yang terbaik, sentiasa senyum, cepat, selesa, melebihi jangkaan, harga mampu milik, bersedekah dengan memberi percuma, bonus dan sebagainya.

Sudah pasti pelanggan akan berpuas hati, teruja dan gembira berurusniaga dengan kita. Dan mereka akan setia dengan kita kerana nilai yang kita berikan.

Sebagaimana Rasulullah S.A.W yang berniaga penuh amanah, senyuman dan baik akhlaknya.

Keuntungan atau rezeki yang banyak akan hadir lebih banyak apabila pelanggan sudah berpuas hati dan gembira dengan perniagaan kita.

Oleh itu, jika melihat keuntungan, kita tidak akan berusaha menambahbaik produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.

Tapi, sebaliknya, apabila kita melihat NILAI yang diberi kepada pelanggan, maka kita akan berusaha menjadi lebih baik dari hari ke hari untuk membantu pelanggan dalam hidup mereka.

Secara tidak langsung, pendapatan kita akan bertambah dan aliran rezeki akan semakin luas dan deras. InsyaAllah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *