Label Diri – Positif atau negatif?

label diriAssalamualaikum w.b.t

Kita adalah sebaik-baik makhluk yang Allah kurniakan kelebihan akal fikiran dan kekuatan sebagai khalifah di bumi ini.

Tetapi, semakin hari dari kecil hingga kita besar, sejauh manakah kita menggunakan segala kelebihan yang dikurniakan dan potensi yang ada dalam diri masing-masing untuk kepentingan agama khususnya.

Kenapa kadangkala diri kita merasa lemah, tidak bermotivasi, tidak bersemangat, segalanya tidak kena, miskin dan tidak cukup wang dan banyak lagi perkara negatif yang mengganggu hidup kita.

Label Diri – Positif atau Negatif?

Antara puncanya adalah label diri yang rendah dan negatif.

Apakah label diri yang kita labelkan pada diri kita setiap hari dan pada masa sekarang.

Adakah kita labelkan diri kita sebagai hanya mampu setakat gaji …… sahaja.

Adakah kita labelkan diri kita yang sememangnya kita lemah dan tidak pandai, miskin dan sentiasa tidak cukup wang setiap bulan.

Dan adakah kita labelkan diri kita sentiasa ditimpa malang, hidup tidak tenang dan sebagainya.

Kita adalah sebagaimana yang kita fikirkan. Sebagaimana yang kita labelkan diri kita.

Sedangkan sebenarnya Allah telah jadikan kita sebaik-baik kejadian yang punyai kelebihan tersendiri.

Dan setiap orang adalah unik saling bantu –membantu dan saling bersaudara.

Jadi, kenapa kita rendahkan potensi sebenar kita. Kenapa direndahkan label diri yang rendah sedangkan kita sebenarnya mahal.

Mulakan membina label diri yang positif di dalam diri. Dan insyaAllah kita akan menarik perkara yang positif di dalam hidup kita seharian.

Contohnya :

Label diri – Saya muslim beriman dan bertakwa, menjaga solat dan bersabar

Label diri – Saya kaya berjaya dunia akhirat

Label diri – Saya sentiasa positif

Label diri – Rezeki tidak datang bergolek. Saya perlu berusaha bersungguh-sungguh.

Label diri – Saya sentiasa membantu mereka yang dalam kesusahan

Label diri – Saya tenang sentiasa kerana saya ada Allah

Label diri – Saya amanah dan bertanggungjawab

Label diri – Saya sentiasa menambah amalan kebaikan dan bersedia bekal ke akhirat

Dan sebagainya.

Semoga dengan label diri yang positif, kita menjadi lebih tenang dan bermotivasi untuk menjadi lebih cemerlang dalam apa jua yang kita lakukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *