Mulakan harimu dengan sedekah

Tenang bahagia

Assalamualaikum w.b.t

Saya doakan pembaca blog ini sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah.

Saya baru selesai membaca buku Mudahnya Menjemput Rezeki 2 tulisan Fathuri Salehuddin. Sungguh baik buku ini dan terima kasih di atas Ustaz Fathuri kerana menyedarkan kita bahawa Allah akan aturkan REZEKI yang terbaik buat kita apabila kita dahulukan apa yang Allah suka.

Terdapat banyak kelebihan bersedekah yang dinyatakan dalam pelbagai hadis Rasulullah S.A.W antaranya ialah :

Sedekah akan :

  1. melepaskan seseorang daripada neraka jahanam
  2. menghapuskan dosa sebagaimana air memadamkan api
  3. memudahkan doa dimakbulkan
  4. dibebaskan daripada kesulitan hidup
  5. menambah umur
  6. menjadi amal jariah walaupun kita telah tiada
  7. menjauhkan musibah
  8. mendapat pahala yang berganda
  9. didoakan oleh malaikat

dan banyak lagi.

Justeru, bayangkan pula sekiranya kita mulakan hari kita dengan sedekah di awal pagi.

Semua kelebihan bersedekah di atas akan diberikan Allah kepada kita dari awal pagi lagi. Alangkah beruntungnya kita mendapat doa malaikat sejak dari pagi lagi.

Doa Malaikat Atas Pemberi Sedekah dan Penahan Sedekah diriwayatkan dari Abu Hurairah ra. : Nabi Muhammad Saw bersabda, “setiap hari, dua malaikat turun ke bumi. salah seorang dari mereka berkata, ‘ya Allah, gantilah harta orang yang bersedekah di jalan-Mu’. sedangkan yang satunya lagi berkata, ‘ya Allah, binasakanlah harta orang yang menahan hartanya untuk disedekahkan’.”

Hadits Shahih Al Bukhari

Anda boleh sediakan Tabung Subuh di rumah masing-masing, dan setiap pagi masukkan sejumlah wang ke dalam tabung tersebut dan kemudian disedekahkan kepada mereka yang memerlukan.

Atau boleh juga sedekahkan kepada masjid setiap pagi, atau ditransfer ke akaun penerima setiap pagi.

Oleh itu, mari kita jadikan amalan bersedekah di awal pagi suatu amalan rutin kita. Semoga ia menjadi amalan soleh kita dan diterima Allah taala. Aamiin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *