Peta Kehidupan – Apa Yang Anda Nak Sebenarnya Di Dalam Hidup Ini?

berkorban-cinta-allah

Assalamualaikum w.b.t

Hidup bukan sekadar hidup, kerja bukan sekadar kerja.

Jika hidup sekadar hidup, bagaikan haiwan lain sekadar hidup untuk mencari makan.

Tetapi, manusia berbeza, ada amanah dan tugas yang perlu dipikul.

Salah satunya adalah sebagai khalifah pentadbir alam ini dan sebagai hamba Allah yang sibuk menyembah dan beribadat kepada-Nya.

Oleh itu, bangun tidur di pagi hari sehingga ke tidur kembali, perlu perancangan dan ikut perancangan.

Dalam hidup ini, setiap orang perlukan peta. Untuk capai apa yang seharusnya dicapai, seseorang itu perlu sentiasa rujuk peta perancangan supaya hidup tidak tersesat dan tidak membazir masa.

Jadi, apa peta kehidupan anda?

Peta Kehidupan (Life Timeline)

Peta kehidupan setiap orang adalah unik dan berbeza.

Hidup di dunia hanya sekali dan sebentar sahaja. Maka, jangan dibazirkan tanpa tujuan.

Jika difikirkan, rasanya baru kelmarin zaman muda remaja dan sekarang sudah capai umur anda sekarang.

Begitu cepat masa berlalu sehingga umur anda sekarang.

Contoh : 35 tahun.

Jadi, apa yang sudah anda capai kejayaan dalam hidup sehingga sekarang dan adakah anda benar-benar puas hati dengan pencapaian anda?

Atau anda sebenarnya boleh buat dan boleh capai lebih baik lagi.

Dan jika umur anda 70 tahun, berapa lagi baki umur anda?

Contoh : 70-35 = 35 tahun lagi

Dengan baki 35 tahun lagi, apa perancangan anda?

Apa yang anda impikan dan boleh lakukan dalam hidup untuk berjaya dunia dan akhirat?

Ambil sehelai kertas, tuliskan senarai apa yang anda mahu capai dalam hidup ini supaya hidup anda bermakna.

Anda layak dan berhak untuk design sendiri kehidupan anda.

Bagaimana dan apa yang anda nak capai dengan umur berbaki ini?

Semakin jelas impian dan matlamat anda, semakin penting impian tersebut bagi anda.

Setelah anda senaraikan semua impian dan apa jua yang anda nak capai, buat satu garis melintang dengan umur anda sekarang.

Tetapkan setiap tahun berbaki tadi, apa yang anda nak capai pada setiap tahun, dan seterusnya setiap 3-5 tahun akan datang sehingga umur 70 tahun.

Rancang hidup anda yang berbaki dengan  sebaiknya.

Setelah selesai, tampal di dinding dan lihat setiap hari Peta Kehidupan anda.

Mula design peta kehidupan anda sendiri dalam apa jua bidang dan aspek diri anda, ibadah, keluarga, bisnes, pekerjaan, kesihatan, kewangan dan gaya hidup.

Peta Kehidupan adalah bagaikan peta yang anda mahu atur hidup anda supaya  anda jelas apa yang anda mahu capai sepanjang hidup anda.

Seterusnya, serahkan pada Allah bagaimana ingin mengatur hidup anda sama ada memberi apa yang anda doakan dan berikan yang terbaik buat anda mengikut masa yang lebih baik di sisi Allah.

Semoga bermanfaat. 🙂

#trustAllah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *