Piramid Produktiviti – Analisis Produktiviti Diri

Assalamualaikum w.b.t dan salam kaya berjaya.

Setiap hari kita akan melakukan sesuatu aktiviti sebagaimana kebiasaan atau tabiat. Sama ada kita sedari atau tidak, kebiasaan ini telah membentuk diri dan kehidupan kita menjadi satu sistem yang secara ‘automatik’ menyebabkan kita melakukan aktiviti yang sama setiap hari.

Aktiviti atau kebiasaan ini telah menjadi rutin hidup kita setiap hari. Bermula daripada bangun pagi, bekerja, bersama keluarga, menonton televisyen dan sebagainya.

Bagi kebanyakan orang, rutin hidup mereka sekarang adalah biasa dan tidak menjadi masalah. Namun, tidak bagi mereka yang Hidup Potensi Maksimum (The Charged Life), sebagaimana para CEO, usahawan dan mereka yang memiliki cara hidup produktif.

Tabiat

ABT vs. ABR

Setiap aktiviti kita seharian boleh dibahagikan kepada Aktiviti Bernilai Tinggi (ABT) dan Aktiviti Bernilai Rendah (ABR).

ABT ialah aktiviti yang memberikan hasil yang positif, keuntungan yang lebih dan mendekatkan kita ke arah mencapai matlamat, impian dan gol yang telah ditetapkan.

ABR pula ialah aktiviti yang tidak memberikan hasil yang positif, tiada keuntungan, keseronokan yang sementara dan tidak menjadikan kita hampir ke arah matlamat yang dikehendaki.

Dengan mengenalpasti aktiviti mengikut nilai tinggi atau rendah, kita akan menjadi lebih sedar berkaitan hasil keputusan yang diperoleh daripada aktiviti yang kita lakukan.

Piramid Produktiviti

Usahawan internet online, Eben Pagan, telah kongsikan tip meningkatkan produktiviti buat para usahawan agar menjadi lebih produktif dan seterusnya dapat meningkatkan keuntungan bisnes mereka.

1.   Gunakan piramid di bawah untuk menentukan aktiviti yang anda lakukan di dalam bisnes atau perniagaan mengikut 4 kategori di bawah.

  1. Aktiviti Bernilai Tinggi

  2. Aktiviti Berpendapatan Tinggi Per Jam

  3. Aktiviti Berpendapatan Rendah Per Jam

  4. Aktiviti Bernilai Rendah atau Tiada Nilai

Productivity pyramid

2.   Kenal pasti sekurang-kurangnya 5 aktiviti yang berbeza bagi setiap kategori dan anggarkan berapa banyak masa yang anda habiskan untuk melakukan aktiviti tersebut.

3.   Objektif : Tujuan anda melakukan Piramid Produktiviti ini adalah agar anda dapat menterbalikkan piramid ini di mana anda akan memperuntukkan lebih masa kepada aktiviti yang bernilai tinggi setiap hari dan seterusnya mengembangkan bisnes anda.

4.   Setelah anda mengenal pasti ABT anda, tentukan apakah aktiviti bernilai tinggi yang anda akan lakukan PERTAMA sekali apabila anda mula bekerja setiap hari. Lakukan aktiviti tersebut terlebih dahulu dengan konsisten tanpa gangguan.

InsyaAllah anda akan menjadi lebih produktif hasil daripada kesedaran terhadap analisis Piramid Produktiviti ini. Semoga bermanfaat. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *