Rezeki dipermudah Allah segala urusan

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, syukur segala nikmat kurniaan Allah. Maha Kaya Allah, pemilik sekalian alam.

Apabila berbicara tentang rezeki, sungguh ajaib aturan Allah.

Boleh jadi,apa kita suka, adalah baik juga di sisi Allah.

Boleh jadi, apa kita suka, tidak baik di sisi Allah.

Boleh jadi, apa kita benci, adalah baik di sisi Allah.

Apabila yang kita buat itu, adalah perintah Allah, maka ia adalah yang disukai Allah.

Apabila yang kita buat itu, adalah larangan Allah, bahkan tidak berfaedah, maka ia adalah tidak disukai Allah.

Kadangkala kita mahukan sesuatu on time. Terus minta dan terus dapat. Beristighfar dan berselawat terus datang rezeki tak disangka-sangka. Sehingga ada yang hampir berputus asa apabila rezeki yang diminta tidak kunjung tiba.

Bersabarlah sahabat. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita semua.

Bahagia dan syukur dengan apa yang kita ada sekarang. Allah janji akan berikan yang lebih baik apabila tiba waktu yang terbaik untuk kita.

Kerja kita terus meminta dan berusaha melakukan jalan ketaatan, dan urusan Allah lah yang mengatur rezeki yang terbaik untuk kita.

Jalan ketaatan amat luas.

Bekerja, berniaga, beramal soleh, dan bersama keluarga apabila betul caranya dan diniatkan kerana Allah, nescaya menjadi amal soleh kita.

Bagaimana mahu dipermudah Allah segala urusan kita?

  1. Buat apa yang Allah suka. Buat amalan fardu dan tambah dengan amalan sunat.
  2. Beri manfaat kepada orang lain. Contoh, belanja orang lain makan, beri makan kepada haiwan, senyum dan sebarkan salam, sebarkan kasih sayang, berkata yang baik, sedekah ilmu, sedekah harta, sedekah tenaga dan sebagainya.
  3. Baca Doa Dipermudah Allah Segala Urusan : Surah Taha ayat 25-28.

Jadikan zikir ayat ke 26. InsyaAllah akan dipermudah Allah urusan kita. Aamiin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *