SOP dalam Kehidupan

Assalamualaikum w.b.t

Dalam hidup, kita mesti ada SOP.

SOP adalah singkatan daripada Standard Operating Procedure.

SOP bukan setakat dalam bisnes. Tapi, boleh kita amalkan dalam kehidupan seharian kita.

SOP Rasulullah S.A.W

Rasulullah S.A.W adalah contoh terbaik dalam mengamalkan sesuatu secara disiplin dan istiqamah.

Contoh SOP Rasulullah S.A.W dalam kehidupan :

  1. Sentiasa qiamullail
  2. Solat berjemaah 5 waktu
  3. Sentiasa menunaikan solat sunat
  4. Memulakan sesuatu dengan Bismillah
  5. Sentiasa senyum dan menyebarkan salam
  6. Membaca surah Sajdah dan al-Mulk sebelum tidur
  7. Sentiasa bersedekah
  8. Berpuasa Isnin dan Khamis
  9. Menepati janji
  10. Amanah
  11. Tidak berkata sesuatu melainkan yang benar
  12. Sentiasa bersyukur
  13. Sentiasa membaca al-Quran setiap hari

Justeru, apakah SOP kita? Mari kita dalami sunnah Rasulullah S.A.W dan sahabat baginda. Pelajari sifat-sifat dan amalan hebat mereka untuk kita amalkan.

Jangan kita hanya hebat SOP di tempat kerja, tapi di rumah dan dengan ahli keluarga, tiada SOP dan bebas hidup tanpa perancangan.

Hidup dengan SOP adalah hidup dengan perancangan untuk menjadi diri kita yang terbaik.

Contoh SOP yang boleh dipraktikkan dalam kehidupan :

  1. Baca ayat kursi setiap kali keluar rumah
  2. Berselawat 100x setiap hari
  3. Jangan keluar rumah selepas Maghrib/malam
  4. Solat berjemaah dengan keluarga dan anak-anak sekurangnya satu waktu
  5. Solat di awal waktu
  6. Menziarahi orang dan sahabat sakit
  7. Tiada telefon/internet sewaktu makan bersama keluarga
  8. Bangun 5 pagi
  9. Bersedekah di awal pagi
  10. Baca buku 10 muka surat setiap hari
  11. Senyum kepada ahli keluarga
  12. Melawat ayah ibu seminggu sekali

dan banyak lagi. Sekiranya anda mempunyai SOP anda tersendiri, silakan berkongsi untuk kita share bersama. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *