Ubah Hidup dengan Berlari

Assalamualaikum w.b.t

Ramai yang tertanya-tanya, apa yang perlu dilakukan untuk hidup lebih baik, lebih tenang, lebih damai, lebih bahagia, ada lebih masa dan capai bebas masa dan kewangan.

Dunia adalah tempat ujian. Dan kita tak akan terlepas daripada diuji kerana Allah ingin melihat siapakah di kalangan hamba-Nya yang benar-benar tahan diuji, ikhlas, reda dan sabar apabila diuji.

Sekiranya hidup anda tertekan, dan hadapi pelbagai masalah, jangan bersedih. Jangan putus asa. Jangan kecewa.

Kembalilah kepada Allah.

Ujian ini daripada Allah dan Allah yang akan berikan jawapan dan jalan penyelesaiannya.

Usaha rohani adalah dengan kembali kepada Allah. Bertaubat dan beristighar.

Usaha jasmani pula yang saya cadangkan adalah dengan berlari.

Bangkit BERLARI

Kenapa berlari?

Kita perlu keluar daripada zon selesa. Daripada keadaan kita sekarang.

Kita perlu kembali cergas, kembali aktif, kembali bergerak seperti kita semasa bayi dahulu yang tidak pernah duduk diam, sentiasa bergerak ke sana dan ke mari.

Ada banyak hikmahnya, dan anda akan rasai sendiri apabila anda mula berlari.

Berlari, joging atau berjalan kaki 1-3 kilometer setiap hari.

Mulakan dengan jarak yang anda mampu.

Mulakan kecil dan tambah perlahan-lahan.

Bukan jarak yang menjadi ukuran.

Tapi, konsisten berlari setiap hari.

Anda boleh install apps bagi mengukur jarak larian anda seperti apps Strava.

Mulakan berlari hari ini dan lihat anda menjadi diri anda yang baru!

Lupakan masalah anda, berlarilah dan nikmati larian anda.

Dan anda akan temui jawapannya nanti.

Selamat berlari! 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *