Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah, selesai sudah membaca buku Zero Hutang – bukan mudah tapi tak mustahil, tulisan saudara Mohd Zulkifli Shafie. Ia adalah buku tip kewangan bagi mereka yang ingin bebas daripada hutang dan juga tip membina pendapatan pasif. Huraian dan contoh yang diberikan amat bersesuaian dengan keadaan kita pada masa sekarang di mana ramai orang yang sanggup berhutang dan hidup melebihi kemampuan.
Sambil membaca, saya mencatat isi penting dan pengajaran yang saya peroleh daripada buku ini. Saya kongsikan apa yang telah saya pelajari setelah membaca buku ini beberapa kali. Saya juga amat menyarankan anda juga turut membaca buku ini agar lebih jelas dan mendapat banyak lagi ilmu berguna yang dikongsikan penulis.
31 Tip Hidup Bebas Hutang dan Bebas Kewangan
- Ambil takaful untuk melindungi dengan pampasan atas musibah
- Baca buku kewangan peribadi. Semakin banyak ilmu kewangan, semakin bertambah kaya kita. InsyaAllah.
- Belajar berniaga sambilan selain daripada kerja makan gaji
- Beli cash tunai. Elakkan hutang atau kad kredit
- Beli kereta second hand. Elakkan kereta baru
- Beli liabiliti apabila mempunyai aset yang boleh menampung liabiliti
- Berbisnes dahulu sebelum melabur
- Bersedekah setiap hari, rezeki semakin luas dan bertambah
- Biar bisnes kecil, asalkan berhasil
- Bisnes bukan untuk menjual semata-mata, tapi berkongsi manfaat produk
- Buat duit daripada aset
- Buat pinjaman baik – iaitu untuk gandakan lagi pendapatan, bukan untuk nilai yang susut
- Doa spiritual (doa) disertai dengan doa praktikal (usaha) untuk bebas hutang dan bebas kewangan
- Gunakan OPM (other people’s money) untuk mendapatkan aset lain
- Hidup di bawah kemampuan, belanja ikut keperluan dan bukan kemahuan
- Hutang baik adalah hutang yang menambah pendapatan kita
- Korbankan waktu menonton TV untuk bisnes kecil-kecilan
- Mulakan bisnes dengan apa yang ada
- Mulakan sahaja apa-apa bisnes, hingga kita jumpa bisnes yang ideal dengan kita
- Pegang tunai secukupnya di tangan
- Pelaburan paling baik adalah pelaburan ilmu
- Pendapatan pasif (passive income) adalah kerja yang dibuat sekali tetapi pendapatan diperoleh berpanjangan, seumur hidup bahkan selepas mati. Residual income ialah pendapatan yang diperoleh sehingga beberapa ketika. Aktive income ialah pendapatan yang tidak diperoleh jika tidak bekerja.
- Perbanyakkan simpanan untuk dilupakan
- Sediakan dana untuk kahwin dan kehidupan selepas kahwin berbanding kereta baru
- Sewa rumah dahulu (tidak perlu tergopoh membeli rumah kekal), beli rumah apartmen/teres dan sewakan kepada orang lain untuk mendapat pendapatan pasif
- Simpan sekurang-kurangnya 10% dari wang gaji setiap bulan ke akaun simpanan untuk dilupakan
- Sumber pendapatan orang kaya dan berjaya adalah melalui bisnes dan pelaburan
- Tetapkan matlamat memiliki pendapatan pasif dan bebas kewangan
- Tukar duit simpanan yang agak-agak tidak digunakan ke pelaburan jangka panjang seperti emas.
- Tulis senarai barang yang ingin dibeli sebelum keluar membeli belah
- Wujudkan dana kecemasan untuk digunakan waktu kecemasan
dan banyak lagi tip bebas hutang dan bebas kewangan. Boleh dapatkan buku Zero Hutang ini di pasaran dan kedai buku berhampiran anda.
Semoga bermanfaat.
Leave a Reply