Assalamualaikum w.b.t
Ramai yang selalu kehabisan wang gaji apabila sampai sahaja akhir bulan. Bahkan, ada yang pertengahan bulan sudah ternanti-nanti gaji yang berikutnya.
Ia situasi benar yang berlaku. Jika tiada sumber pendapatan yang lain, maka sudah menjadi kewajipan untuk mengurus duit gaji dengan sebaiknya.
Jika tidak, timbul banyak masalah lain seperti kerungsingan, kemurungan, berhutang dan sebagainya.
Kali ini, saya kongsikan idea jimat duit belanja yang mungkin sedikit konservatif tapi mudah, dan amat berkesan untuk menjimatkan duit kita. Duit yang dapat dijimatkan, walaupun sedikit, akan menjadi banyak apabila kita menyimpannya secara berterusan.
Apa yang boleh diamalkan silakan amalkan. Jika tidak, tiada masalah. ๐
37 Tip jimat duit belanja cara mudah
- Guna motor sekiranya tempat yang dituju dekat sahaja.
- Jalan kaki sahaja jika tempat tersebut terlalu dekat. (Lebih menyihatkan)
- Masak sendiri di rumah. Lebih berkhasiat dan terjamin kebersihannya.
- Jika makan diluar, pilih restoran biasa. Tak perlu ke restoran mahal.
- Air? Order air kosong atau suam. Percuma dan menyihatkan.
- Air manis? Buat sendiri di rumah. Minta isteri yang buatkan.
- Beli stok makanan dan keperluan rumah untuk seminggu terus.
- Beli barangan di pasaraya borong atau pasar mingguan.
- Rancang menu untuk satu minggu terus.
- Bawa air minuman sendiri ke tempat kerja atau ketika keluar rumah. Jimat daripada membeli air mineral.
- Bawa bekal makanan ke pejabat atau ketika keluar rumah bermusafir.
- Makan satu lauk sahaja pada setiap waktu makan. Jika makan ikan, makan ikan sahaja. Jika ayam, makan ayam sahaja. Jimat belanja dan lebih menyihatkan. โ Tip master Chef Sabri.
- Gunakan akaun bank lain untuk perbelanjaan harian. Akaun bank lain untuk wang simpanan yang tidak boleh diusik.
- Amalkan menabung setiap hari. Buatkan satu tabung dan letakkan di tempat yang mudah dilihat.
- Beli kereta second hand. Pilih kereta yang ok. Jimat daripada bayar komitmen bulanan bagi kereta baru.
- Gunakan satu atau dua telefon. Tidak perlu terlalu banyak telefon. Jangan kerap menukar telefon mengikut trend.
- Pilih hobi yang tidak menggunakan duit. Sebaliknya menambahkan duit seperti blogging dan menulis. Hobi lain seperti beriadah, bermain bola dan sebagainya.
- Kongsi kereta.
- Rumah jauh dari tempat kerja? Pindah ke rumah yang lebih dekat jika ada. Jimat masa dan duit minyak kenderaan.
- Basuh baju dengan muatan penuh.
- Gosok baju untuk 1 minggu terus. Tak perlu gosok setiap hari. Jimat masa dan jimat elektrik.
- Bayar bil secara online.
- Beli barang secara online.
- Keluar rumah pada waktu lengang. Bukan pada waktu puncak. Jimat masa dan jimat minyak.
- Bawa duit secukupnya apabila ingin keluar rumah.
- Tidak perlu guna kad kredit. Gunakan kad debit.
- Elakkan berhutang.
- Beli buku yang perlu sahaja. Pinjam buku di perpustakaan jika ada.
- Kurangkan menonton TV. Tonton TV 1 jam sahaja sehari. Gunakan masa selebihnya untuk aktiviti berfaedah yang lain.
- Beli barang yang penting sahaja. Ikut keperluan. Bukan ikut kemahuan.
- Setkan air-cond menggunakan timer. Jimat bil elektrik anda.
- Kurangkan makan di restoran makanan segera.
- Basuh kereta sendiri jika ada masa.
- Tak perlu beli surat khabar setiap hari. Baca surat khabar online atau tonton berita di TV.
- Tak perlu mesej SMS jika dapat Whatsapp.
- Beli prepaid berbanding pascabayar jika penggunaan internet tidak kerap. Pilih pakej internet yang sesuai mengikut penggunaan.
- Dalam membeli apa-apa pakej, pilih pakej yang jimat. Kenapa bayar lebih? Sedangkan kita mungkin tidak pun gunakan dengan sepenuhnya.
Tip akhir : Setiap sen dan ringgit yang anda jimatkan, sila simpan di dalam tabung atau akaun simpanan. Dan lebih berkat lagi, boleh juga disedekahkan mengikut kemampuan dan keikhlasan masing-masing.
Semoga ada yang bermanfaat ๐
Banyak betul tips nak berjimatnya. Ada satu lagi yang boleh tambah, bayar diri sendiri dahulu setiap kali dapat gaji sebelum settlekan bil lain.
betul tuan. tq sharing ๐