Langkah pertama ubah kewangan

Assalamualaikum w.b.t

Apabila ditanya, ramai yang mahu ubah kewangan menjadi lebih baik.

Kos hidup semakin meningkat ditambah lagi dengan komitmen kerja yang semakin bertambah tetapi tidak pada upahnya.

Justeru, apa yang kita boleh lakukan?

Berniaga?

Ya, salah satu cara tambah duit dan ubah kewangan menjadi lebih baik adalah dengan berniaga.

Tapi, masalahnya tiada modal duit.

Sebenarnya, berniaga tidak perlukan modal duit. Modal duit adalah nombor 2.

Apa yang no. 1?

Yang pertama adalah modal ILMU.

Ramai yang buka bisnes dengan modal besar untuk sewa kedai, promosi banner dan banting, kos pembinaan produk dan packaging, upah staff, hiasan kedai, alat dan sistem akauntan dan sebagainya yang akhirnya pemilik bisnes menjadi ‘penunggu’ setia kedai masing-masing.

Duit pusingan tidak seperti yang diharapkan. Amat susah untuk dapatkan pelanggan dan amat susah untuk dapatkan pelanggan yang membeli berkali-kali.

Jangan jadi macam ini.

Ramai yang saya lihat, akhirnya kedai yang dibuka akan tutup dan pemilik bisnes rugi dan mula tukar bisnes lain.

Oleh itu, langkah pertama adalah belajar berniaga.

Apabila sudah ada ilmu menjual, ilmu mengkaji permintaan sesuatu produk, ilmu pemasaran produk, ilmu berinteraksi dengan pelanggan, ilmu tarik pelanggan dan bagaimana menguasai emosi pelanggan melalui copywriting dan banyak lagi.

Ilmu ini boleh dipelajari dengan mencari mentor bisnes dan juga melalui pengalaman anda mula berniaga secara kecil-kecilan.

Tidak salah bermula dari bawah menjadi penjaja, ejen jualan, ejen dropsip atau affiliate sesuatu produk bagi membina kemahiran menjual dan belajar selok-belok berniaga.

Pengalaman ini menjadikan diri kita lebih matang dan lebih nampak ke mana arah tuju bisnes kita nanti.

Kesimpulannya, jangan hanya berfikir buka kedai dan menjadi penjaga kedai sendiri, tapi berfikirlah lebih jauh dari mengkaji permintaan produk sehingga bagaimana memasarkan produk.

Tambah ilmu dan pengalaman dengan membaca dan cubajaya.

Semoga berjaya.

Ingat, bagaimana nak ubah kewangan, jika kita masih di takuk lama dengan ilmu dan tindakan yang sama? Jom tambah ilmu!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *