Assalamualaikum w.b.t
Saya selalu mendapat emel berkaitan cara mengurus kewangan. Sungguh, pada zaman sekarang, gaji RM2000-RM3000 sudah tidak mencukupi untuk hidup di bandar. Lebih-lebih lagi apabila banyak komitmen bulanan yang mesti dibayar, minyak kenderaan dan kos GST.
Bahkan, gaji yang banyak sekalipun, apabila mempunyai banyak komitmen bulanan dan perbelanjaan, ia masih lagi tidak cukup.
Jadi, mampukah kita berjimat lagi?
Kos barangan dan perkhidmatan semakin meningkat. Kos rumah dan hartanah juga semakin meningkat.
Sebaliknya, peningkatan gaji adalah sedikit sahaja setiap tahun di mana akhirnya kita tidak mampu untuk menyimpan kerana perbelanjaan menyamai atau melebihi pendapatan.
Justeru, kita sekurang-kurangnya mempunyai 2 pilihan.
Pilihan pertama, untuk kekal dengan pekerjaan sedia ada, dan cuba mencari pendapatan sampingan dengan berniaga atau bekerja separuh masa.
Pilihan kedua, untuk mencari pekerjaan lain dengan gaji yang lebih lumayan.
Pilihan pertama lebih mudah tetapi perlukan usaha dan keluar daripada zon selesa. Manakala, pilihan kedua mungkin agak sukar kerana tidak mudah untuk mencari kerja yang lain jika kita tidak mempunyai cukup pengalaman atau kelayakan.
Bagi saya, pilihan pertama adalah lebih sesuai bagi kebanyakan orang.
Jadi, bagaimana untuk tambah pendapatan?
Anda boleh berniaga secara offline atau online. Bagi saya, adalah lebih mudah dan fleksibel untuk berniaga secara online di mana anda tidak terikat dengan masa dan tempat.
Berniaga di internet amat luas termasuklah melalui blog atau laman web, whatsapp, Instagram atau Facebook.
Pilihan perniagaan online
- Menjadi agen dropship > agen > stokis
Terdapat banyak produk yang menawarkan tawaran dropship. Dari produk pakaian sehinggalah produk kecantikan. Pilih satu sahaja, dan promosi sehingga anda berjaya membina pendapatan sampingan dengannya.
Cari sahaja di internet atau di Facebook tawaran menjadi ejen dropship.
- Menjadi pengeluar produk
Sekiranya anda mempunyai idea yang boleh dijual dan memberi penyelesaian kepada orang ramai, maka keluarkanlah produk anda sendiri.
- Menjadi ejen jualan
Sertai ejen jualan seperti ejen topup, ejen hartanah, ejen pemasaran dan lain-lain.
- Menawarkan servis secara online/freelancer
Tawarkan servis perkhidmatan anda di internet contohnya di Facebook, eLance.com , oDesk.com , Fiverr.com dan sebagainya.
- Menjadi ejen affiliate
Sertai program affiliate dengan mempromosikan produk orang lain dan anda menerima komisen daripada jualan melalui anda.
- Menjual produk digital
Bina produk digital anda sendiri seperti ebook, audio, DVD, webinar, software, membership dan lain-lain. Boleh rujuk panduan Blueprint 10K yang saya sediakan.
- Menjadi penulis buku/novel
Anda minat menulis? Terbitkan buku pertama anda. Tulis naskhah anda dan hantarkan kepada penerbit. Jika belum yakin untuk menulis, tulis secara konsisten di blog terlebih dahulu.
- Menjual produk di Mudah.my
Mudah.my mempunyai ramai pelawat. Jual produk fizikal anda di internet dengan mudah.
- Jual beli saham / forex. (Awas : anda perlukan ilmu pelaburan dan wang lebihan untuk menyertainya)
- dan lain-lain.
Pilihan perniagaan offline (separuh masa)
- Ejen takaful
- Bisnes makanan
- Mutawwif umrah/haji
- Freelancer
- dan banyak lagi.
Apa yang penting adalah pilih satu sahaja, belajar cara berniaga dan fokus sehingga berjaya.
Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum hingga apabila mereka terlebih dahulu berusaha untuk mengubah diri mereka sendiri.
Oleh itu, apakah kita masih mahu berada pada tahap yang sama dan mengulangi skrip kehidupan yang sama. Atau, kita berusaha untuk mengubah skrip kehidupan kita menjadi lebih baik dengan sedikit usaha yang berterusan walaupun hanya 1 jam setiap hari.
Justeru, berjimat bukan satu-satunya cara yang kita ada, tapi kita berusaha menambah pendapatan sampingan yang lain untuk menampung kos kehidupan yang semakin meningkat.
Apabila tidak mampu berjimat, kita perlu mula mengurus kewangan dengan lebih baik, belajar cara mengurus dan menyimpan wang dan pada masa yang sama turut membina aliran pendapatan tambahan.
Pilihan di tangan kita sendiri.
Leave a Reply