Assalamualaikum w.b.t
Di saat minyak naik, tol naik,ย minyak masak naik dan semua harga barangan naik, sudah pasti kita semua perlukan cara penyelesaiannya.
Di mana satu sahaja yang lambat naik, iaitu gaji kita ๐
Jadi, bagaimana untuk kekal berada dalam keadaan pendapatan yang lebih baik walaupun keadaan ekonomi yang tidak menentu ini?
Tip Deraskan Aliran Rezeki
Kewangan kita akan berubah apabila kita mengubah tindakan kita.
Ini yang saya pelajari selama ini.
Sekiranya tindakan kita sama seperti semalam dan hari-hari sebelumnya, begitulah tahap rezeki kita.
Contohnya, sekiranya kerja kita adalah pergi kerja pagi dan balik petang dan berehat. Maka hasil yang kita dapat lebih kurang pada keadaan tersebut.
Jadi, bagaimana kita hendak tambah pendapatan kita?
Iaitu dengan ubah tindakan kita daripada tindakan yang lama kepada tindakan baru.
Contohnya, sebelum pergi kerja, kita melakukan satu lagi perkara baru iaitu bangun awal pagi pukul 5 pagi dan solat sunat, membaca buku dan membuat aktiviti bisnes part time kita seperti berniaga di internet (kemaskini blog, kemaskini laman web, tambah produk, buat produk, rancang perjalanan bisnes dan sebagainya.)
Saya yakin, apabila kita konsisten lakukan perkara baru ini setiap hari, ia akan menjadi rutin hidup kita dan kita sudah tidak seperti dahulu. Kita sebenarnya sedang membina pendapatan kedua kita.
1 Punca Pendapatan = Pekerjaan
2 Punca Pendapatan = Pekerjaan + Perniagaan sendiri
Bagaimana ingin bermula?
Ya. Sudah pasti dengan ilmu iaitu dengan belajar terlebih dahulu apakah bisnes yang kita ingin lakukan. Setelah ada ilmu, mulakan tindakan yang berterusan walaupun sedikit iaitu 1 jam setiap hari.
Jika kita ingin menjadi dropship sesuatu produk, belajar cara promosikan produk secara offline atau online.
Jika kita ingin menjadi penulis buku, mula tulis draft manuskrip buku kita setiap hari sekurang-kurangnya satu muka surat.
Blog ini adalah hasil dari pengalaman saya berkongsi secara part time selain daripada kerja asal saya.
Saya yakin, anda ada bakat dan keinginan, impian dan cita-cita anda sendiri untuk berusaha di atas kaki sendiri mencari dan menjemput rezeki.
Oleh itu, ambil masa untuk rancang hidup anda setiap hari dengan sebaiknya. Manfaatkan masa dan buat aktiviti yang penting dan bermanfaat dan juga yang boleh berikan kita pendapatan tambahan tambahan.
Saya banyak berkongsi berkaitan motivasi dan perniagaan internet di blog ini. Silakan follow blog ini dan Like FB saya untuk tip dan perkongsian daripada saya.
Khas bagi yang mahu mengubah diri dari keadaan sekarang kepada diri anda yang baru, yang merasakan rezeki mereka sekarang seolah-olah sempit, tidak tenang dan tidak tahu bagaimana nak bermula, silakan membaca buku motivasi Islami tulisan saya, Formula Luas Rezeki.
InsyaAllah ada banyak manfaatnya untuk mengubah minda, jiwa dan tindakan kita untuk kaya berjaya dunia akhirat.
Boleh lihat lanjut di www.FormulaLuasRezeki.com
Ini ulasan penuh dari bekas pembaca buku FLR ini. Klik di sini.
Terima kasih tuan Zul,
Satu peringatan yang bermanfaat. Nak bangun 5 pagi tu mungkin agak susah buat permulaan tetapi jika sudah rutin, tiada masalah.
Tetapi setiap kali ingin berubah ada alasan, rasanya sampai bila-bila pun tiada peningkatan.
setuju tuan ๐