10 Tips Memilih Plugin WordPress

Tips pluginAssalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Saya percaya ramai dalam kalangan pengguna blog yang menggunakan blog WordPress sama ada blog percuma atau memiliki blog WordPress hosting sendiri.

Platform WordPress menyediakan pelbagai plugin menarik dengan pelbagai jenis fungsi yang sehingga kini mencecah ribuan plugin di direktori plugin WordPress.

Setiap hari muncul pelbagai jenis plugin yang dikatakan memiliki banyak fungsi dan kelebihan tambahan. Namun, tidak semua plugin ini betul-betul memberi kesan yang baik sebagaimana yang dijanjikan bergantung kepada keadaan blog anda.

Di sinilah amat penting untuk anda mengetahui bagaimana cara memilih dan menggunakan plugin yang betul-betul sesuai dengan blog anda.

Pada kali ini, mari kita lihat beberapa tip perlu diketahui sebelum memilih dan menggunakan plugin agar kita tidak menjadi mangsa “eksperimen” ribuan plugin yang terdapat di internet.

10 Tips Memilih Plugin WordPress

1.   Sedikit Lebih Baik

Blog anda tidak perlukan semua jenis plugin. Hanya pasang (install) plugin yang memberi fungsi berguna untuk blog anda seperti Akismet plugin, contact form plugin, social media plugin, backup plugin dan plugin yang anda fikirkan bermanfaat untuk blog anda.

2.   Jika Tidak Digunakan, Sila Delete Sahaja

Plugin yang tidak digunakan biasanya akan dibiarkan inactive. Sekiranya anda betul-betul tidak ingin menggunakan plugin inactive ini, lebih baik delete fail plugin tersebut kerana anda akan menjimatkan ruang simpanan data di hosting blog anda.

3.   Jangan Terlalu ‘Cool”

Plugin yang mempunyai banyak fungsi atau fungsi yang ‘cool’ biasanya mempunyai saiz fail yang besar. Contohnya beberapa plugin media sosial, plugin database, dan plugin “all in one”.

Jika setelah anda memasang plugin ini dan anda dapati blog anda loading dengan perlahan daripada biasa, maka besar kemungkinan ia adalah disebabkan anda memasang terlalu banyak plugin atau juga disebabkan oleh plugin yang mempunyai banyak fungsi yang memerlukan masa loading yang lama.

Blog yang loading dengan perlahan akan membuatkan pelawat menunggu lama untuk melawat dan membaca blog anda. Besar kemungkinan, pelawat tersebut akan meninggalkan blog anda. Jadi, pastikan plugin yang anda pasang tidak memberi kesan yang besar terhadap masa loading blog anda.

4.   Elakkan Pertindihan Fungsi Plugin (Plugin Overlapping)

Hanya gunakan satu plugin untuk sesuatu fungsi. Contohnya, anda hanya perlu gunakan satu plugin media sosial bagi memaparkan butang Like Facebook, dan bukannya beberapa plugin media sosial dengan fungsi yang sama atau hampir sama.

Ini penting bagi mengelakkan pertindihan fungsi plugin dan mungkin memberi kesan kepada theme blog anda.

5.   Guna Plugin Yang Dipercayai Dan Diakui

Hanya pilih plugin yang terdapat di direktori plugin WordPress, mendapat rating yang tinggi dan mendapat review yang positif. Ini penting bagi mengelakkan anda menjadi mangsa isu keselamatan blog, bugs error atau terdedah kepada gangguan hackers.

6.   Bertanya Pada Pakar

Sekiranya anda tidak yakin tentang sesuatu plugin, anda boleh search di Google berkaitan review pengguna berkaitan plugin tersebut. Atau anda boleh bertanya di forum atau blog berkaitan WordPress terlebih dahulu.

7.   Sentiasa Update Plugin

Antara perkara yang seringkali pemilik blog terlepas pandang ialah untuk update dan mengemaskini plugin mereka. Proses update kemaskini plugin ini amat penting kerana ia adalah versi terbaru dan telah mengalami beberapa perubahan.

Antara perubahan yang biasa dilakukan oleh pembina plugin ialah menambah ciri-ciri plugin yang lebih baik, membaiki bugs atau script errors dan memastikan plugin tersebut berfungsi dengan baik menggunakan versi WordPress yang terbaru.

8.   Apabila Blog Anda “Bermasalah”, Biasanya Disebabkan Oleh Plugin

Saya pernah mengalami situasi di mana blog ini tidak dapat diakses dan rupa-rupanya disebabkan oleh plugin yang telah diinstall. Setelah saya inactivate semua plugin dan cuba activatekan plugin satu persatu, akhirnya saya temui plugin yang bermasalah tersebut.

Plugin tersebut tidak dapat berfungsi dengan baik dan berlaku konflik dengan theme blog. Saya telah delete plugin tersebut dan blog kemudiannya dapat diakses seperti biasa.

9.   Pasang Plugin Wajib Ada Terlebih Dahulu

Jika blog anda masih baru, pastikan anda memasang plugin asas yang wajib ada terlebih dahulu sebelum memilih plugin yang lain. Rujuk artikel sebelum ini.

10.   Anda Dapat Apa Yang Anda Bayar

Plugin percuma adalah percuma dan mempunyai fungsi asas dan terhad. Sekiranya anda inginkan fungsi tambahan, anda biasanya perlu upgrade atau memilih plugin premium yang berbayar.

Plugin premium sudah pasti menawarkan ciri tambahan dan khidmat sokongan yang lebih baik berbanding versi percuma.

Namun, versi percuma sudah cukup bagi para blogger. Saya juga hanya menggunakan plugin percuma kecuali untuk plugin backup blog iaitu menggunakan plugin premium Backup Buddy.

Semoga artikel ini bermanfaat. Silakan like dan share. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *