2 Kategori Blog : Niche dan Umum

blog berjayaAssalamualaikum w.b.t

Terdapat 2 kategori blog iaitu blog yang mempunyai topik khusus dan blog yang mempunyai topik umum.

Blog yang mempunyai topik khusus dipanggil blog yang mempunyai niche atau topik.

Manakala blog umum adalah blog bebas yang tiada niche khusus.

Kedua-dua jenis blog ini ada pro dan kontra masing-masing terpulang kepada anda bagaimana anda inginkan blog anda pada masa sekarang dan masa hadapan.

Blog mengikut topik (niche blogging)

Sekiranya anda menjual tudung, maka anda boleh membuat blog berkaitan tudung. Di dalamnya anda boleh kongsikan cara pemakaian tudung gaya anda, jenis-jenis tudung yang anda jual, kelebihan memakai tudung dan pelbagai kemaskini berkaitan minat anda berkaitan tudung.

Dengan ini, pelawat yang datang ke blog anda sudah tahu bahawa blog anda adalah berkaitan tudung dan fesyennya.

Begitu juga, jika anda minat berkaitan motor klasik dan anda ingin menjual motor antik atau aksesorinya, maka anda boleh buat blog yang berkaitan motor.

Jadi, para peminat motor klasik,boleh mendapatkan maklumat berkaitan motor klasik melalui blog anda.

Dengan kata lain, apabila blog anda ada topik khusus, ia lebih mudah untuk anda mengemaskini blog dan menulis artikel yang hanya berkaitan topik blog anda.

Tetapi pastikan topik blog anda tidak terlalu khusus untuk mengelakkan anda kekeringan idea nanti seperti blog berkaitan tudung bawal sahaja. Seeloknya, pilihlah topik sedikit umum iaitu berkaitan tudung.

Kelebihan niche blogging, blog anda kelak akan mempunyai peminat dan pembaca yang tersendiri iaitu yang mempunyai minat yang sama berkaitan topik anda.

Jadi, lebih mudah nanti untuk anda menjual produk, menyediakan servis atau perkhidmatan, khidmat nasihat dan kepakaran, mempromosikan produk affiliate dan sebagainya nanti.

Blog umum

Blog umum pula biasanya tidak ada topik khusus contohnya blog peribadi yang menceritakan kisah hidup anda sendiri, ahli keluarga dan coretan peristiwa dan pengalaman yang anda lalui.

Atau berkaitan artikel bebas seperti berita, info, tip , petua dan sebagainya yang semuanya anda ulas atau kongsikan di blog anda.

Blog umum kebiasaannya mempunyai ramai pelawat apabila artikel yang ditulis semakin banyak dan menarik.

Cuma, pelawat yang datang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan minat yang berbeza.

Kemungkinan untuk mereka melawat blog anda kembali bergantung kepada sejauh mana pelawat anda dapat maklumat berguna yang anda kongsikan.

Ini kerana topik anda adalah pelbagai. Jadi, kemungkinan suatu masa nanti anda boleh jadi kekeringan idea kerana terlalu banyak yang ingin anda ulas, rasa terbeban atau sedikit keliru dengan hala tuju blog anda nanti.

Walaubagaimanapun, pastikan anda sudah ada pelan untuk blog anda iaitu apa yang anda mahukan daripada blog anda.

Jika anda mahukan berkongsi maklumat, maka silakan. InsyaAllah ada manfaat yang lain akan anda peroleh hasil daripada perkongsian yang anda lakukan.

Pilihan anda?

Terpulang kepada anda untuk memilih topik blog atau blog secara umum mengikut tujuan dan hala tuju blog anda.

Apa yang penting, anda konsisten mengemaskini blog anda tanpa dibiarkan dalam jangka masa yang agak lama.

Semoga bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *