3 Pelan Perancangan Blog

pelan blogAssalamualaikum w.b.t

Membina blog adalah mudah tetapi memastikan blog sentiasa dikemaskini dan mampu memberikan pendapatan pasif tidak semudah yang disangka.

Ini kerana anda perlu membina perancangan untuk blog anda.

Sekurang-kurangnya anda dapat bayangkan “Bagaimana blog anda 3 bulan akan datang? Setahun akan datang? Dan tiga tahun akan datang?”

Kenapa perlu merancang?

Ya, daripada pengalaman saya dengan pemilik blog yang saya jumpa sama ada blog percuma atau berbayar, blog mereka hanya siap dipasang sahaja tanpa ada artikel yang diterbitkan.

Jika ada, hanya beberapa artikel sahaja ditulis dan seterusnya blog tersebut ditinggalkan begitu sahaja kerana pelbagai faktor termasuklah kesibukan, lupa dan sebagainya.

Sekiranya anda betul-betul serius dengan membina blog anda sehingga ia menjadi aset anda, iaitu memberikan pulangan pendapatan pasif untuk anda, maka sekurang-kurangnya anda perlukan 3 pelan perancangan blog di bawah.

3 Pelan Perancangan Blog

1.   Perancangan artikel (post)

Setelah anda memilih topik blog yang anda ingin fokus, contohnya berkaitan blog penjagaan kucing, maka anda perlu merancang perkara berikut :

  • Kekerapan artikel ditulis dan diterbitkan – berapa kali seminggu
  • Menyediakan satu buku khas untuk idea dan perancangan artikel blog anda – dapatkan satu buku log atau buku tulis, dan tulis idea tajuk blog yang anda terlintas atau fikirkan agar anda tidak lupa. Kemudian letakkan tarikh untuk anda tulis artikel tersebut.
  • Setelah anda berjaya terbitkan artikel tersebut, tandakan tick pada tajuk artikel tersebut.
  • Ulang proses ini, dan anda akan lihat lebih mudah untuk anda mencari idea menulis artikel blog tanpa kekeringan idea lagi.

2.   Perancangan jangka pendek dan jangka panjang blog

Perancangan jangka pendek ialah apa fokus anda pada blog anda pada bulan tersebut.

Contohnya, pada bulan ini anda akan fokus kepada :

  • meningkatkan bilangan pelawat
  • atau meningkatkan engagement pembaca blog
  • atau mengubah design blog anda kepada yang lebih professional
  • atau anda ingin fokus kepada menulis artikel sahaja dahulu,
  • atau anda ingin meningkatkan bilangan subscriber blog anda dan sebagainya.

Manakala, perancangan jangka panjang termasuklah :

  • Bagaimana anda ingin menjana pendapatan dengan blog anda – kaedah mana yang anda ingin pilih
  • Ilmu blogging yang anda ingin kuasai melalui ebook, vcd, kursus atau seminar blogging yang anda ingin sertai
  • Bagaimana anda dapat membina jenama blog anda
  • Pelan pemasaran yang anda ingin gunakan

3.   Perancangan pemasaran blog (marketing)

Selain menulis artikel blog, anda perlu juga merancang bagaimana anda boleh tingkatkan trafik pengunjung ke blog anda.

Dan seterusnya, bagaimana anda ingin jadikan pengunjung tersebut menjadi pelanggan bagi produk anda atau produk yang anda tawarkan.

Antara cara pemasaran blog yang mudah tetapi amat berkesan ialah :

  • Menulis artikel lebih kerap dan disertai dengan on-page SEO
  • Pemasaran video – buat video berkaitan artikel blog anda dan letakkan di Youtube.
  • Komen di blog yang mempunyai trafik lebih tinggi – 5 komen sehari
  • Aktif di forum dan letakkan alamat blog anda pada signature anda

Manakala, pemasaran yang lebih advance ialah :

  • Membina database pelawat blog anda dengan autoresponder
  • Merancang sales funnel untuk blog anda – pelan bagaimana anda boleh mendapat pendapatan daripada blog anda sama ada melalui produk anda sendiri, affiliate, sewa iklan, review produk dan sebagainya.

Dengan 3 pelan di atas, insyaAllah anda dapat lebih fokus ke arah membina blog yang menjadi aset anda di kemudian hari kelak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *