5 Sebab Kenapa Perlu Miliki Nama Domain dan Hosting Sendiri

Kenapa Memilih Hosting SendiriAssalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Dalam tulisan kali ini, saya tertarik untuk menekankan berkenaan kepentingan memiliki nama domain dan hosting sendiri.

Buat permulaan, sekiranya anda ingin memiliki blog atau mula berjinak-jinak dengan blog adalah disarankan anda memilih untuk membuat blog di Blogspot.com atau WordPress.com.

Ia adalah langkah paling selamat bagi menilai komitmen anda terhadap blog anda buat beberapa bulan.

Jika anda tidak dapat serius dalam blogging dan tidak dapat memberikan komitmen sepenuhnya, anda tidak rugi apa-apa kerana blog anda adalah blog percuma.

Namun, sekiranya anda merasakan satu keseronokan untuk menulis dan mengemaskini blog anda, melihat perkembangan blog anda sehingga menjadi blog yang dikenali ramai, maka sudah tiba masanya untuk anda juga mula serius dalam blogging dengan membeli nama domain dan pakej hosting sendiri.

Sekiranya anda sudah membuat keputusan untuk memiliki nama domain terbaik buat blog anda , mulakan langkah sekarang dengan membeli nama domain dan pakej hosting anda sendiri sebelum nama domain yang anda inginkan tadi menjadi milik orang lain.

Jika anda serius dalam blogging, berikut 5 sebab utama yang saya kira menjadi titik tolak anda untuk membeli nama domain dan pakej hosting sendiri.

5 Sebab Kenapa Perlu Miliki Nama Domain dan Hosting Sendiri

1.   Tiada yang lain mampu dimiliki 100% melainkan nama domain dan hosting sendiri

Ramai blogger yang menjana pendapatan melalui blog percuma, ada juga yang menjalankan perniagaan melalui Facebook seperti menjual tudung secara online, servis, perkhidmatan dan sebagainya.

Menggunakan platform media sosial bagi menjana pendapatan adalah amat baik. Cuma ia hanyalah sebagai medium pemasaran (marketing) anda dan bukan menjadi satu-satunya “kedai” perniagaan anda. Ini kerana blog percuma seperti Blogspot.com dan WordPress.com dan Facebook.com adalah hak milik pengasasnya.

Ia bukanlah hak milik kita 100%. Punca pendapatan perniagaan kita masih lagi tertakluk dan bergantung sepenuhnya kepada mereka.

Jika mereka menutup perkhidmatan atau menutup akses ke akaun kita, maka ia akan menjejaskan bisnes kita.

Tidak sedikit isu blogger Blogspot.com yang telah mendapat pendapatan pasif melalui pengiklanan akhirnya tidak dapat mengakses akaun mereka akibat sebab yang tidak diberitahu.

2.   Bina dan Miliki “rumah” anda sendiri

Hanyalah yang kita mampu miliki 100% adalah dengan membeli nama domain dan pakej hosting sendiri. Ini kerana, anda membayar untuk memilikinya dan ia menjadi hak anda.

Anda boleh mengemaskini laman web atau blog anda bila-bila masa sahaja dan tidak perlu lagi bimbang dengan kebergantungan penuh pada media sosial. Anda masih lagi boleh menggunakan media sosial sebagai medium pemasaran anda sebagaimana biasa.

Apa yang lebihnya, kini anda mempunyai tapak “rumah” anda sendiri.

3.   Membina kreadibiliti dan profesionalisme

Setiap perniagaan sudah pasti memiliki nama dan jenama tersendiri. Kreadibiliti anda akan meningkat apabila anda mempunyai jenama perniagaan anda sendiri yang unik dan profesional.

Contohnya, KedaiKekSiti.com adalah lebih mudah diingati, unik dan mempunyai jenama sendiri berbanding nama domain percuma KedaiKekSiti.blogspot.com.

Dengan blog sendiri, anda boleh memasang design themes blog anda sendiri dan menghias “rumah” anda mengikut cita rasa perniagaan anda. Ini penting agar ia kelihatan lebih menarik dan profesional.

Lebih-lebih lagi, jenama atau branding bukanlah perkara kecil dan boleh dipandang mudah. Ia adalah antara faktor penting kreadibiliti perniagaan anda di mata para pelanggan anda.

Jenama yang baik akan memberi imej awal yang positif, ekslusif dan profesional bagi perniagaan dan blog anda.

4.   Keselamatan blog dan perniagaan anda lebih terjamin

Isu keselamatan (security) blog adalah isu penting. Bagi blog percuma Blogspot.com, akaun anda dibackup oleh pihak mereka mengikut jangka masa yang telah ditetapkan. Namun, ia tidak menjamin sepenuhnya blog anda akan selamat kerana anda tidak memiliki akses penuh, di mana fail backup tadi disimpan di server mereka.

Dengan memiliki blog dan hosting sendiri, anda boleh backup fail blog anda pada bila-bila masa sahaja (setiap hari atau minggu) dan menyimpan salinannya di komputer anda. Sekiranya blog anda mengalami masalah, anda boleh memuat naik kembali fail backup itu tadi dengan mudah.

5.   Khidmat sokongan & bantuan dan Jana Pendapatan Pasif

Apabila anda memiliki nama domain dan blog anda sendiri melalui syarikat penyedia hosting  yang terbaik, anda akan mendapat khidmat sokongan dan bantuan sekiranya anda mengalami sebarang masalah berkaitan hosting anda.

Khidmat sokongan ini disediakan oleh penyedia hosting 24 jam 7 hari seminggu dan mereka bersedia membantu menyelesaikan masalah anda.

Selain itu, dengan memiliki nama domain dan hosting sendiri, anda bebas untuk menjana pendapatan pasif (monetization) melalui blog anda sama ada melalui pengiklanan, affiliate dan sebagainya.

Di samping anda menulis dan mengemaskini blog, anda secara tidak langsung dapat membantu lebih ramai orang mendapat ilmu yang bermanfaat, menyelesaikan masalah ramai orang dan mendapat rezeki yang tidak diduga.

Harapan saya semoga 5 sebab di atas dapat membantu dan memberi keyakinan kepada anda untuk anda memiliki nama domain dan hosting anda sendiri.

Saya yakin, sekiranya anda serius dan dapat memberi komitmen terhadap blog anda, pelaburan serendah RM 60 setahun (bergantung kepada pakej dan syarikat penyedia hosting) tidak menjadi masalah buat anda.

Sebagai panduan anda bagaimana ingin memilih syarikat hosting dan panduan membeli nama domain pilihan anda, anda boleh rujuk artikel terdahulu yang telah membantu ramai orang berpindah kepada blog sendiri :

Senarai Penyedia Web Hosting Terbaik Malaysia dan Luar Negara

Panduan Lengkap : Bagaimana Memilih Syarikat dan Pakej Hosting Terbaik

5 Tip Bagaimana Memilih Pakej Hosting Terbaik Anda

Tutorial Lengkap Membeli Nama Domain dan Hosting

Tip Membeli Nama Domain Terbaik Pilihan Anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *