5 Tip Menggunakan Plugin Backup

tip backup blog

Assalamualaikum w.b.t

Pengalaman saya yang terbaru adalah apabila blog Zulpress ini tidak dapat diakses akibat daripada kesilapan semasa proses upgrade versi WordPress ke versi yang terkini.

Kesannya, blog ini tidak dapat diakses dan tiada apa yang dapat dilakukan kecuali dengan restore kembali blog ini.

Inilah kali pertama saya menghadapi situasi ini.

Sebelum ini, saya hanya menyimpan sahaja fail backup blog ini. Sehinggalah hari tersebut, saya mulai belajar cara untuk restore kembali blog ini menggunakan fail backup yang telah disimpan sebelum ini.

Saya kerapkali mendengar blogger yang terpaksa memulakan blog mereka daripada awal kembali (dengan install WordPress semula) kerana seluruh fail blog mereka tidak dapat diakses sama ada kesilapan teknikal atau telah dihack oleh orang luar.

Ini kerana mereka tiada persediaan awal dari segi keselamatan blog dan dari segi melakukan backup fail-fail blog mereka iaitu dengan menggunakan plugin backup percuma atau premium (berbayar).

Oleh sebab itulah, setiap blog saya akan dipasang dengan plugin backup bagi memastikan setiap fail dibackup secara berkala.

Setelah anda memasang plugin backup di blog WordPress anda, berikut antara tip penting yang dapat saya kongsikan :

5 Tip Menggunakan Plugin Backup

1.   Activate plugin backup dan tetapkan setting yang dikehendaki

Setelah anda memasang plugin backup, pastikan anda telah Activate plugin tersebut dan melakukan beberapa setting penting.

Setting awal plugin backup anda termasuklah sama ada ingin melakukan backup secara berkala (setiap hari, sekali seminggu dll.)  atau secara manual, menyimpan fail backup di dalam folder tertentu, menghantar fail backup ke emel anda atau ke laman simpanan online dan setting yang lain mengikut plugin backup yang anda gunakan.

2.   Backup database setiap kali posting baru / perubahan baru dibuat

Selain daripada backup fail blog anda secara berkala, anda juga boleh melakukan backup database setiap kali posting baru dibuat.

Atau jika ada perubahan baru yang anda buat seperti install plugin baru, perubahan setting, themes, widgets, komen terbaru dan lain-lain.

Saya memilih untuk melakukan backup database setiap kali posting baru dibuat bagi memastikan fail backup adalah yang terkini.

3.   Backup terlebih dahulu sebelum anda upgrade versi WordPress ke versi yang terkini

WordPress sentiasa mengalami kemaskini daripada versi 3.6 ke 3.7 dan seterusnya. Amat penting untuk anda upgrade versi WordPress anda setiap kali ada versi terbaru. (bukannya versi beta)

Tetapi, pastikan sebelum update versi WordPress anda, anda telah backup fail blog anda terlebih dahulu.

Ini bagi mengelakkan perkara yang sama terjadi pada saya di mana proses upgrade versi WordPress terbaru telah mendatangkan masalah yang tidak dijangka.

Jadi, amat penting untuk anda backup terlebih dahulu sebelum melakukan proses upgrade WordPress.

4.   Simpan fail backup di komputer anda

Pastikan setiap kali anda melakukan proses backup, anda telah memuat turun (download) fail backup tadi ke komputer anda sebagai simpanan offline.

Atau sekurang-kurangnya satu fail backup keseluruhan (complete backup) telah anda simpan di komputer anda.

5.   Simpan fail backup di simpanan online (cloud service) seperti Dropbox

Selain anda download fail backup tadi, anda digalakkan menghantar fail backup tadi ke laman simpanan online percuma (cloud service) seperti Dropbox .

Ia amat mudah dan anda hanya perlu melakukan setting di plugin backup anda untuk menghantar salinan fail backup ke akaun Dropbox anda.

Namun, fungsi ini bergantung kepada plugin backup yang anda gunakan. Bagi plugin percuma, anda boleh gunakan plugin WordPress Backup to Dropbox.

Saya menggunakan plugin premium BackupBuddy yang telah mempunyai fungsi ini dan fungsi tambahan yang lain.

Sebagai alternatif, anda boleh upload secara manual fail backup tadi ke akaun Dropbox anda.

Kesimpulannya, sekiranya blog anda belum memiliki plugin backup, sila pasang dengan segera kerana saya yakin anda tidak mahu apabila sesuatu yang tidak dijangka berlaku dan anda terpaksa bermula daripada awal.

Sekiranya anda sudah memasang plugin backup, saya harap semoga tip-tip yang dikongsikan di atas dapat memberi manfaat buat anda.

Like & share.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *