7 Plugin Terbaik Untuk Blog Anda

7 Plugin WordPress TerbaikAssalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Sebagaimana di dalam artikel Panduan Lengkap Plugin WordPress sebelum ini, terdapat terlalu banyak plugin yang boleh anda pilih untuk dipasang di blog anda.

Dalam setiap kategori plugin pula, anda mempunyai banyak pilihan untuk menggunakan mana-mana plugin yang anda rasakan menarik dan berfungsi dengan baik di blog anda.

Namun, tidak semua plugin boleh dipasang di blog anda. Kadang-kala, ia akan membuatkan blog anda tidak berfungsi dengan baik, mengganggu susun atur themes blog anda, dan  meningkatkan loading time blog anda (pelawat perlu menunggu lama untuk melayari blog anda).

Apa yang penting adalah anda tahu fungsi plugin yang dipilih dan keperluan anda memasangnya.

Dalam artikel kali ini, saya kongsikan antara 7 plugin paling popular dan menjadi pilihan terbaik untuk dipasang di blog anda.

1.   Akismet Plugin – Plugin anti-spam

Akismet plugin merupakan antara plugin yang wajib dipasang di setiap blog. Plugin ini akan menghalang komen-komen spam secara automatik. Hanya ikuti 3 cara mudah untuk memasangnya. 1) Sila ke laman plugin Akismet dan activate plugin. 2) Dapatkan API key dengan mendaftar di laman web Akismet 3) Masukkan API key yang diperoleh di bahagian setting Akismet pada blog anda.

Klik di sini untuk ke halaman plugin Akismet

2.   Contact Form 7 – Plugin Borang Hubungi

Adalah penting untuk setiap blog mempunyai halaman Hubungi (Contact) bagi memudahkan para pelawat blog anda menghubungi anda melalui emel.

Contact Form 7 adalah antara plugin terbaik bagi membina borang Contact Form untuk blog WordPress anda dengan mudah. Hanya activate plugin ini, copy code borang dan letakkan pada Contact Page blog anda.

Klik di sini untuk ke halaman plugin Contact Form 7

Plugin lain bagi membina Contact Form yang juga amat baik dan mudah ialah Fast Secure Contact Form. Sila klik di sini.

3.   Yet Another Related Posts Plugin (YARPP)

YARP plugin adalah plugin yang dapat membantu meningkatkan interaksi blog anda dengan pembaca. Ia akan memaparkan post berkaitan di bahagian akhir artikel blog anda.

Klik di sini untuk ke halaman plugin YARPP

4.   WordPress SEO Plugin oleh Yoast

WordPress SEO Plugin membantu anda meningkatkan carian blog anda di Enjin Pencari (Search Engine) seperti Google dengan memasukkan kata kunci bagi setiap artikel blog anda. Kerja-kerja melibatkan SEO menjadi lebih mudah dengan plugin ini. Banyak lagi fungsi menarik yang disediakan.

Klik di sini untuk ke halaman WordPress SEO Plugin oleh Yoast

Plugin SEO lain yang mempunyai fungsi yang serupa juga adalah Plugin All-in-One- SEO Pack di sini. Anda boleh memilih untuk memasang salah satu plugin SEO di atas.

5.   Subscribe To Comments Plugin

Subscribe To Comments Plugin membolehkan pelawat blog memilih untuk subscribe melalui emel untuk mengetahui komen yang berikutnya bagi komen yang telah dibuat oleh mereka. Plugin yang amat mudah untuk dipasang dan dapat meningkatkan pelawat setia di blog anda.

Klik di sini untuk ke halaman Subscribe To Comments Plugin

6.   Google XML Sitemap Generator

Google XML Sitemap Generator Plugin berfungsi untuk mewujudkan Sitemap bagi blog anda untuk memudahkan Enjin Pencari seperti Google, Yahoo, Bing dan Ask.com menindex blog anda.

Klik di sini untuk ke halaman Google XML Sitemap Generator

7.   W3 Total Cache Plugin

W3 Total Cache Plugin membantu blog anda untuk loading lebih cepat dan pantas. Ini secara tidak langsung membolehkan pelawat blog anda tidak perlu menunggu terlalu lama untuk memasuki blog anda.

Klik di sini untuk ke halaman W3 Total Cache Plugin

Kesimpulannya, anda boleh memilih untuk memasang mana-mana plugin di atas mengikut keperluan blog anda.

Namun, bagi saya (cadangan saya juga), plugin nombor 1 dan 2 adalah wajib dipasang. 🙂

Anda juga boleh tonton Video 7 Plugin Terbaik Blog WordPress di Youtube.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *