7 Sebab Perniagaan Anda Perlukan Blog

blog perniagaanAssalamualaikum w.b.t dan salam kaya berjaya.

Blog pada masa sekarang dan akan datang akan sentiasa menjadi medium yang akan sentiasa mendapat sambutan. Ia adalah satu platform yang evergreen di mana semakin hari semakin banyak blog baru yang dibuat. Sama ada blog peribadi, blog perkongsian hobi, blog perniagaan dan blog syarikat. Semuanya dengan matlamat menyampaikan mesej yang tersendiri kepada para pembaca blog mereka.

Oleh sebab itu, jika anda memiliki kedai perniagaan, memiliki syarikat atau menawarkan perkhidmatan dan servis sama ada secara online atau offline, anda sudah pasti menyedari betapa pentingnya anda perlu memiliki blog anda sendiri.

Bagi mereka yang sudah memiliki blog, pastikan pula anda sentiasa mengemaskini blog anda dengan sekerap yang mungkin. Maklumkan sebarang perkembangan terbaru perniagaan anda di blog dan Facebook anda.

Sebaliknya, bagi mereka yang sudah lama berniaga online atau offline tetapi masih belum memiliki blog, saya cadangkan anda untuk memiliki blog perniagaan anda sendiri.

7 Sebab Perniagaan Anda Perlu Memiliki Blog

1.   Membina kreadibiliti

Cara paling mudah dan cepat untuk anda membina kreadibiliti diri dan perniagaan anda adalah melalui tulisan artikel anda di blog.

Melalui artikel yang anda tulis, ia secara tidak langsung akan menjadikan anda dikenali sebagai pakar dalam bidang anda.

Ia memerlukan sedikit masa untuk anda mengemaskini blog dengan konsisten, memberikan maklumat yang berguna dan membantu menyelesaikan masalah pelawat blog anda.

Namun, ia amat berbaloi apabila blog anda dan jenama blog anda semakin menjadi rujukan para pelawat di enjin carian yang tercari-cari penyelesaian kepada masalah mereka.

Ringkasnya, kreadibiliti anda dan perniagaan anda akan meningkat seiring pertambahan pelawat di blog anda.

2.   Saluran maklumat

Blog membolehkan anda menulis perkembangan terkini dan maklumat penting berkaitan perniagaan anda, tips dan sebagainya. Berbeza dengan halaman jualan, laman web atau status FB, anda boleh menyampaikan maklumat perniagaan anda dengan lebih mudah, jelas dan kekal.

Selain mengemaskini status perniagaan anda di FB, anda boleh alihkan rakan FB anda ke laman blog anda bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.

3.   Mesra pelawat

Blog memiliki sistem yang lebih tersusun dan kemas di mana setiap artikel disusun berdasarkan artikel yang terkini. Ia memudahkan para pelawat blog anda membaca dan mencari artikel yang mereka inginkan.

Para pelawat blog juga boleh meninggalkan komen dan juga menghubungi anda untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

4.   Kedai online anda

Jika anda memiliki kedai anda sendiri, maka blog umpama kedai online anda di dunia maya.

Ia ibarat rumah atau kedai anda yang dibuka 24 jam sehari, dan boleh dikunjungi bila-bila masa dan oleh sesiapa sahaja.

Paling menarik, anda tidak perlu pun berada online sepanjang masa sebaliknya hanya perlu menguruskan tempahan oleh pelanggan anda.

Sekiranya anda memiliki perniagaan di Facebook, jangan lupa Facebook bukan milik anda.

Sebaliknya, alihkan pelawat dan rakan FB anda sekali sekala ke blog anda kerana blog anda adalah milik anda.

5.   Marketing paling mudah dan murah

Dalam perniagaan, pemasaran adalah paling penting. Dengan blog, anda sebenarnya telah memudahkan pelanggan anda mencari anda dan tidak semestinya perlu pergi ke kedai anda.

Mereka hanya perlu search blog perniagaan anda di internet dan mendapatkan semua maklumat yang diinginkan.

Mereka juga boleh berkongsi blog anda dengan rakan-rakan online mereka.

Ia adalah medium marketing yang paling berkesan, mudah dan murah.

Anda hanya perlu membayar untuk memiliki blog anda sendiri iaitu bayaran hosting dan domain name sahaja serendah RM 60 setahun.

6.   Membina tribe atau pengikut

Blog yang memberi manfaat kepada para pelawat akan memiliki ramai pengikut atau followers. Anda secara tidak langsung telah mempunyai pengikut anda tersendiri yang sentiasa mengikuti perkembangan blog perniagaan anda sama ada melalui RSS feed atau emel.

Merekalah rakan dan pelanggan setia anda yang sentiasa menyokong anda tanpa anda sedari.

Anda juga boleh mengumpul database maklumat pelanggan dan pengunjung blog anda sama ada menggunakan email database atau sms database.

7.   Membina legasi

Kemuncaknya, melalui blog anda, anda sebenarnya membina legasi anda sendiri secara online.

Ini kerana segala perkongsian anda melalui artikel yang bermanfaat di blog anda akan menjadi rujukan para pengguna internet iaitu selagi blog anda wujud.

Lebih ramai yang mendapat manfaatnya, lebih banyak kebajikan dan pahala yang anda peroleh.

Bina legasi anda dengan blog, dan semoga ia memberi manfaat kepada lebih ramai orang dan mungkin seterusnya akan diteruskan oleh pewaris anda nanti.

Bagaimana ingin membina blog sendiri? Memilih nama domain dan hosting anda sendiri? Saya telah tulis semuanya di dalam blog ini. Anda boleh rujuk link yang diberikan untuk bacaan lanjut.

Semoga bermanfaat.

Like & share.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *