8 Plugin Menarik Blog WordPres Anda

AssalamualaikuPlugin menarikm w.b.t dan salam sejahtera.

Terdapat banyak plugin menarik yang boleh anda pasang di blog WordPress anda.

Antara plugin yang MESTI anda pasang ialah plugin backup dan plugin media sosial.

Dalam artikel kali ini, saya kongsikan beberapa plugin yang boleh anda pilih untuk dipasang di blog anda.

Plugin Backup

1.    myEasyBackup – plugin backup blog WordPress ini percuma bagi 1 domain. Ia membolehkan anda untuk backup, restore dan migrate blog WordPress anda dengan mudah.

2.   WordPress backup to Dropbox – plugin backup percuma ini membolehkan anda untuk backup blog WordPress dan menyimpannya di akaun Dropbox anda. (Dropbox adalah laman khas untuk anda menyimpan sebarang fail dan data anda secara maya. Ia adalah percuma dan anda diberi ruang simpanan sebanyak 2GB ) https://www.zulpress.com/Dropbox

3.   Plugin Backup Buddy  – plugin premium khas oleh PluginBuddy, iThemes ini membantu anda untuk backup WordPress anda dengan mudah. Anda juga boleh send fail backup anda ke akaun Amazon web services, akaun Dropbox atau memuat turun (download) terus fail backup ke komputer anda. Plugin ini ialah plugin berbayar dan sentiasa dikemaskini seiring dengan versi WordPress terkini. Bagi yang serius dengan blogging, saya cadangkan anda untuk menggunakan plugin ini.

(Terdapat banyak plugin backup yang anda boleh pilih di direktori WordPress. Hanya search : back up plugin. Saya telah menggunakan beberapa plugin percuma sebelum ini. Tip untuk anda : Pastikan plugin yang anda pilih boleh backup seluruh blog anda, membolehkan anda download fail backup ke komputer anda dan plugin tersebut sentiasa dikemaskini. Jika ia tidak sesuai dengan blog anda, deactivate dan delete fail plugin tersebut.)

Plugin Khas

4.   Hello Bar – plugin ini sesuai jika anda ingin meletakkan kata aluan atau pengumuman, iklan teks, arahan untuk subscribe ke RSS atau emel anda dan sebagainya. Ia boleh diletakkan di  header atau footer blog anda. Dilengkapi juga statistik klik bagi setiap link. Versi percuma khas untuk 25 klik sebulan sahaja. Jika anda ingin unlimited click dan unlimited site, versi Hellobar solo amat sesuai dengan sekali bayaran sahaja.

5.   Pretty Link Liteplugin ini membolehkan anda memendekkan link dengan menggunakan nama domain anda. (sebagaimana tinyurl.com, bit.ly ). Ia juga dilengkapi dengan fungsi track yang membolehkan anda mengetahui bilangan klik bagi link tersebut.

Contohnya : link buku The Charge ialah http://www.amazon.com/gp/product/1451667531/ref=as_li_tf_tl?ie=UTF8&camp=1789&creative=9325&creativeASIN=1451667531&linkCode=as2&tag=galbuk-20 dimana ia adalah terlalu panjang. Dengan plugin ini, saya boleh singkatkan kepada https://www.zulpress.com/TheCharge

6.   Wp Smush.it – plugin ini membolehkan anda mengurangkan saiz fail imej gambar yang anda gunakan di blog anda. Apabila anda upload gambar ke blog anda, fail saiz gambar tadi akan dikurangkan secara automatik bagi membolehkan ia loading dengan cepat dan menjimatkan penggunaan simpanan data di server blog anda.

Plugin Media Sosial

7.   Digg Digg – plugin ini membolehkan anda meletakkan butang-butang media sosial seperti butang Like, Facebook share, twitter, google + dan banyak lagi. Anda boleh memilih untuk meletakkan butang tersebut di atas post, di bawah, atau terapung di sebelah kiri post anda.

8.   Comment Luv – plugin ini membolehkan pelawat anda meletakkan link artikel blog mereka yang terkini apabila mereka memberikan komen di blog anda. Ia amat sesuai untuk memberikan ganjaran bagi pelawat anda untuk meninggalkan “jejak” mereka dan sekaligus meningkatkan bilangan pelawat setia di blog anda.

One Response

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *