Blogging Roadmap – Perancangan Blog Jangka Panjang

Blogging roadmapAssalamu’alaikum w.b.t

Ramai yang mempunyai minat dan kecenderungan untuk memiliki blog. Sama ada blog peribadi, blog mengikut niche tertentu seperti blog keagamaan, blog kesihatan, blog tip dan panduan, blog perniagaan dan sebagainya. Sehinggakan ada juga yang mempunyai lebih daripada satu blog.

Tanpa mengambil kira apa jenis blog anda, anda mestilah seharusnya mempunyai tujuan atau gol anda dalam blogging.

Tanpa tujuan dan gol yang kukuh, kita umpama memandu tanpa mempunyai destinasi yang ingin dituju.

Oleh sebab itu, sama ada anda baru mempunyai blog atau sudah lama dalam blogging ini, anda perlukan  gol dan tujuan yang spesifik, realistik dan boleh dicapai.

Tidak kiralah walaupun anda sekadar menulis sebagai hobi atau catatan kisah hidup anda, anda perlu juga mempunyai gol dan matlamat peribadi anda sendiri.

Lebih-lebih lagi sekiranya anda ingin menjadikan blog anda sebagai sumber pendapatan pasif anda sebagaimana ramai blogger yang telah menjana 5-6 angka sebulan hanya dengan berblogging.

Semuanya bermula dengan menetapkan matlamat, gol dan target yang ingin dicapai. Dan seterusnya membina Peta Jalan dalam Blogging anda sendiri.

3 Langkah Perancangan Blog Jangka Panjang

1.   Kenapa perlu mempunyai gol dan matlamat – Peta Jalan Blogging?

Setiap amalan dimulai dengan niat.

Penetapan niat, matlamat dan sebab yang kukuh dalam melakukan sesuatu akan menjadikan seseorang itu lebih bersemangat dan fokus dalam apa yang dia lakukan.

Dalam blogging, apabila anda mempunyai sebab yang kukuh untuk menulis dan mengemaskini blog anda, maka anda akan memberikan lebih komitmen dalam mengemaskini blog anda, lebih produktif dan lebih bersemangat untuk menjadikan gol dan matlamat anda tercapai.

2.   Tetapkan tujuan, matlamat dan gol anda dalam blogging

Apa yang anda ingin capai hasil daripada blogging ini. Gol dan matlamat anda mestilah mempunyai ciri-ciri SMART iaitu :

Specific (Spesifik) : Apa yang ingin dicapai, kenapa ia perlu dicapai, siapa yang terlibat, di mana atau bila ia seharusnya dapat dicapai.

Measurable (Boleh diukur) : Pastikan matlamat dan gol yang ditetapkan boleh diukur.

Attainable (Boleh dicapai) : Matlamat anda mestilah mencabar, tidak terlalu mudah dan tidak pula mustahil untuk dicapai.

Relevant (Realistik) : Pastikan setiap gol adalah relevan dan berkait antara satu sama lain.

Time-bound (Tempoh masa) : Gol dan matlamat perlu mempunyai tempoh had masa. Ia mungkin 1 tahun, 3 tahun atau lebih.

Antara contoh gol dan matlamat dalam blogging ialah :

Blog Perniagaan Internet :

  • Menjana pendapatan pasif melalui blog sebanyak RM 1000 sebulan menjelang Disember 2014.
  • Mendapat 300 tempahan produk melalui blog.

Blog Keagamaan : Memberi kefahaman Islam , menjawab persoalan agama dan menyampaikan dakwah melalui penulisan artikel ilmiah setiap minggu.

Blog Peribadi : Berkongsi pengalaman hidup sebagai seorang guru, pelajar atau suri rumah dan sebagainya.

Tetapkan beberapa matlamat dan gol yang anda ingin capai mengikut jenis blog anda.

Hasilnya, apabilah anda mempunyai matlamat dan tujuan dalam blogging, anda akan menjadi lebih terarah dan berazam untuk merealisasikan matlamat dan gol tersebut.

Dengan ini, anda telah mempunyai perancangan daripada keadaan anda sekarang (A) hingga anda dapat mencapai keadaan anda sebagaimana yang anda inginkan (B).

3.   Membina Peta Jalan dalam Blogging

Seterusnya, anda perlu membina pelan perancangan anda yang saya namakan Peta Jalan Blogging (Blogging Road Map).

Ia adalah Pelan Keseluruhan perjalanan blog anda dalam 1,2 atau 3 tahun akan datang mengikut perancangan anda. Sila lihat contoh di bawah.

Blogging Road Map

Kejayaan dalam blogging seperti menjana pendapatan pasif, menjadi blog yang mempunyai trafik tinggi dan menjadi blog rujukan memerlukan komitmen dan pengorbanan yang tinggi.

Ia merupakan perjalanan yang panjang dan tidak boleh dicapai dalam masa yang singkat.

Apa yang penting adalah rasa ingin sentiasa belajar dan mencari pengalaman. Seiring dengan perubahan masa, bersama-sama perancangan dan tindakan konsisten, InsyaAllah, anda dapat mencapai apa jua matlamat dan gol yang telah anda tetapkan.

Mula tetapkan Peta Jalan Blogging anda hari ini.

Semoga bermanfaat. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *