Panduan backup blog WordPress

tip backup blogAssalamualaikum w.b.t

Dalam tulisan kali ini, saya kongsikan lebih lanjut berkaitan backup blog WordPress yang menggunakan nama domain dan hosting sendiri. Bagi blog WordPress percuma, anda tidak perlu backup fail blog anda kerana ia telah diuruskan oleh pihak WordPress.com sendiri.

Apakah backup?

Backup wordpress adalah proses mengumpul segala fail berkaitan dalam blog anda seperti artikel yang ditulis, imej yang diupload, themes, plugin yang digunakan dan fail-fail berkaitan. Fail yang dikumpul diletakkan dalam satu folder .zip (atau format lain) sebagai fail backup (simpanan) dan boleh di download ke komputer anda.

Fail backup ini penting sebagai simpanan jika blog anda mengalami masalah dikemudian hari, dihack oleh hackers, tidak dapat diakses dan sebagainya.

Apabila berlaku perkara yang tidak dingini pada blog anda, anda perlu restore kembali fail backup tersebut ke hosting anda. Proses restore berbeza mengikut cara anda mengendalikan proses backup menggunakan plugin yang anda pilih.

Oleh sebab itu, sebelum anda memilih mana-mana plugin backup, pastikan anda tahu bagaimana cara untuk anda restore fail backup tersebut ke hosting anda.

Memilih dan memasang plugin backup blog WordPress

Sudahkah anda memasang plugin backup di blog anda? Jika belum, blog anda amat berisiko.

Terdapat plugin backup yang berbayar dan plugin percuma. Juga terdapat servis backup dengan bayaran bulanan.

Anda boleh pilih kaedah mana yang anda perlukan :

1.   Plugin percuma adalah seperti BackWpUp Free amat sesuai digunakan.

Hanya download dan install plugin ini di blog anda. Anda boleh pilih setting untuk backup anda setiap jam, hari, minggu dan bulan.

Fail yang dibackup juga boleh didownload ke komputer anda, dihantar ke emel anda, dan dihantar ke simpanan awangan (cloud storage) seperti Dropbox.

Secara umumnya, plugin ini amat mudah untuk digunakan dan berfungsi dengan baik.

Setelah proses backup, anda perlu pastikan fail backup anda sempurna dan completed.

Kelemahan plugin ini adalah ia tiada fungsi restore secara automatik. Anda perlu restore fail backup anda melalui phpmyAdmin dengan upload fail backup ke server anda. Untuk rujukan anda, boleh lihat tutorial langkah restore fail backup ini di sini.

2.   Plugin berbayar : Plugin berbayar adalah seperti BackWpUp Pro dan plugin Backup Buddy.

Plugin berbayar mempunyai lebih ciri-ciri tambahan seperti Backup Buddy yang membolehkan anda restore kembali blog anda hanya dengan memuat naik fail .php dan fail backup blog anda tanpa perlu install kembali blog wordpress anda.

Dengan plugin backupbuddy, untuk restore kembali blog anda amat mudah hanya dengan beberapa langkah sahaja.

Ia agak mahal kerana ia adalah plugin premium.

Plugin BackWpUp Pro pula mempunyai fungsi tambahan seperti backup ke Google Drive dan fungsi tambahan yang lain.

Kelebihan plugin berbayar ialah ia mempunyai fungsi support dan bantuan jika anda mengalami masalah atau ada sebarang pertanyaan berkaitan proses backup.

Kedua-dua plugin adalah sedikit mahal.

Buat permulaan, anda boleh gunakan plugin percuma BackWPUp.

3.   Servis Berbayar Bulanan

vaultpress

Terdapat juga perkhidmatan yang disediakan oleh VaultPress khas untuk backup file anda secara automatik setiap hari tanpa anda perlu bimbang berkaitan dengan blog anda.

Perkhidmatan ini juga melindungi fail blog anda daripada ancaman berbahaya dengan perkhidmatan scan yang dilakukan setiap hari.

Segalanya diuruskan oleh VaultPress dengan bayaran bulanan adalah serendah $5 USD sebulan bagi satu blog.

Anda boleh install blog anda kembali kepada keadaan sebelumnya hanya dengan beberapa klik sahaja.

Fail backup blog anda akan disimpan di akaun VaultPress anda dengan selamat dan anda boleh restore kembali blog anda bila-bila masa sahaja.

Servis VaultPress ini amat sesuai untuk blogger professional, pemilik syarikat kecil dan sederhana dan syarikat-syarikat IT.

Kesimpulan

Rumusan saya, terdapat banyak plugin yang boleh digunakan untuk backup file blog anda sama ada plugin percuma atau berbayar (premium).

Semua plugin perlukan anda sedikit mahir berkaitan komputer terutamanya apabila anda ingin restore kembali blog anda. Melakukan backup amat mudah, tetapi untuk restore kembali fail blog anda perlukan sedikit kemahiran.

Walaupun menggunakan plugin berbayar, anda akan hadapi juga masalah apabila backup atau restore blog anda kerana ia berkait rapat dengan hosting dan server yang anda gunakan.

Jadi, jika anda mengalami masalah, sila rujuk di dalam forum atau ruangan support plugin tersebut atau search di Google berkaitan masalah yang dialami.

Bagi yang mahu mengelakkan masalah teknikal seperti ini, VaultPress adalah lebih sesuai tetapi dengan kos bayaran bulanan.

Sekiranya anda baru dalam blogging, backup fail blog adalah amat penting bagi mengelakkan anda menyesal di kemudian hari apabila blog anda tidak dapat diakses dan menghadapi masalah.

Setelah anda memasang plugin backup, pastikan anda backup fail blog anda sekurang-kurangnya sekali seminggu.

Anda boleh lakukan secara manual atau jadualkan proses backup tersebut.

Cadangan saya, boleh gunakan plugin backup percuma, download fail yang telah dibackup dan pelajari cara untuk restore kembali fail tersebut. Ia merupakan pengalaman yang amat berbaloi untuk dipelajari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *