Panduan Lengkap Plugin WordPress

Platform WordPress merupakan platform blog yang dinamik dan memiliki pelbagai fungsi. Ia bukan sahaja membolehkan kita memiliki blog dan menulis apa sahaja yang kita inginkan, bahkan membolehkan kita menyusun atur blog dan menambah pelbagai lagi fungsi tambahan dengan penggunaan plugin.

Plugin WordPress

Plugin ialah skrip tambahan, skrip php yang membolehkan sesuatu fungsi khas dimasukkan ke dalam skrip asas WordPress. Ia dinamakan plugin kerana ia hanya perlu dipasang dan kita sudah boleh menggunakan fungsi yang ditawarkan.

Plugin

WordPress plugin terdiri daripada pelbagai fungsi yang ringkas seperti plugin link to subscribe comment plugin, sehinggalah fungsi yang lebih komplek seperti SEO plugin, E-commerce plugin dan Membership site plugin.

Di mana boleh mendapatkan plugin?

Terdapat pelbagai sumber untuk kita mendapatkan plugin sama ada daripada pembina (developer) plugin tersebut sendiri iaitu di blog atau laman web mereka atau dengan mendapatkan ribuan plugin yang disediakan di direktori plugin WordPress di http://wordpress.org/extend/plugins/

Plugin directory

WordPress plugin terdiri daripada plugin percuma dan plugin premium iaitu yang berbayar.

Plugin yang ditawarkan di direktori plugin WordPress adalah 100 % percuma dan digunapakai secara bebas.

Ia merupakan direktori plugin yang dipercayai dan didownload oleh ramai pengguna blog WordPress seluruh dunia.

Secara umumnya, plugin percuma ini boleh menjalankan fungsinya dengan baik. Pihak pembina plugin (developer) tidak mengenakan bayaran, tetapi biasanya menyediakan butang derma Donate sebagai penghargaan para pengguna di atas hasil kerja mereka.

Terdapat juga plugin yang menawarkan ciri-ciri tambahan dimana para pengguna boleh upgrade ke edisi berbayar untuk menggunakan ciri-ciri tambahan yang disediakan.

Tip Memilih Plugin Di Direktori Plugin WordPress

 

Tip memilih plugin

  1. Teliti terlebih dahulu keperluan dan fungsi yang ditawarkan oleh plugin tersebut
  2. Lihat kesesuaian (compatibility) plugin dengan edisi WordPress anda
  3. Pilih plugin yang sentiasa dikemaskini – lihat tarikh kemaskini plugin oleh pembina (developer)
  4. Pilih plugin yang didownload oleh ramai pengguna
  5. Pilih plugin yang mempunyai star rate yang tinggi

Jenis-jenis Plugin

Plugin secara umumnya boleh dibahagikan kepada 3 keadaan :

Plugin dashboard

1.   Plugin aktif (active)

Plugin aktif ialah plugin yang sedang anda gunakan dan aktif menjalankan fungsinya di blog anda.

2.   Plugin tidak aktif (inactive)

Plugin tidak aktif ialah plugin yang tidak digunakan oleh anda, cirinya telah deactivate, tetapi fail dan komponennya telah dipasang dan diinstall di dalam plugin direktori blog anda.

3.   Plugin built-in (siap dipasang)

Plugin ini sudah disediakan bersama-sama themes blog yang anda gunakan. Ia berbeza mengikut themes blog yang anda gunakan.

Anda boleh menggunakan plugin yang disediakan atau mematikan (inactive) fungsi plugin ini mengikut pilihan anda.

Cara Memasang Plugin WordPress

Secara ringkasnya, plugin WordPress boleh dipasang dengan salah satu daripada 3 cara di bawah :

Install plugin

1.   Menggunakan fungsi Auto-installer – anda hanya perlu Search plugin yang anda kehendaki melalui ruang plugin dashboard, kemudian install plugin tadi secara terus ke blog anda.

2.   Upload fail zip menggunakan Zip file uploader – sekiranya anda mempunyai zip file bagi plugin yang anda inginkan, anda boleh upload zip file tadi dan install secara terus ke blog anda juga melalui ruang plugin dashboard blog anda.

3.   Install plugin menggunakan FTP anda – anda perlu memuat naik fail plugin tadi (folder atau zip file) ke direktori plugin blog anda melalui server hosting anda. Anda perlu menggunakan perisian FTP seperti FileZilla untuk memuat naik fail tersebut. Setelah anda memuat naik fail tadi, anda hanya perlu klik activate untuk mengaktifkan plugin tersebut melalui plugin dashboard blog anda.

(Proses lebih detail berkaitan FTP ada saya terangkan di dalam Ebook Panduan Mudah FTP)

Saya mencadangkan anda menggunakan kaedah 1 # Fungsi Auto-Installer, di mana ia lebih mudah dan cepat.

Plugin Percuma Atau Plugin Berbayar (Plugin Premium)

Plugin percuma sebagaimana namanya adalah percuma dan sudah tentu mempunyai fungsi yang terhad.

Berbeza dengan plugin berbayar atau plugin premium, ia dibangunkan dengan fungsi yang tersendiri dan kita perlu melaburkan wang untuk memilikinya.

Plugin percuma di direktori plugin WordPress semakin bertambah setiap hari. Namun, tidak semua plugin tersebut akan dikemaskini (update) setiap masa bagi memastikan fungsi plugin tersebut bersesuaian dengan versi WordPress yang terkini dan sentiasa berubah.

Terdapat juga masalah bug atau masalah kod dan juga pertanyaan berkaitan plugin yang dilontarkan oleh pengguna yang tidak mendapat jawapan.

Oleh sebab itulah, saya cadangkan anda memilih plugin yang sentiasa dikemaskini oleh developer plugin tersebut.

Berbeza dengan premium plugin atau plugin berbayar, dimana ia :

  • Menawarkan ciri-ciri tambahan yang tidak ditawarkan oleh plugin percuma
  • Mempunyai sistem sokongan pelanggan (customer support) untuk membantu dan menjawab persoalan pelanggan mereka
  • Plugin sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa, kajian dan penambahan fungsi yang lain juga dilakukan. (ini kerana anda membayar untuk plugin tersebut)

Kesimpulan

Saya secara peribadinya menggunakan plugin percuma sahaja kecuali untuk proses backup blog ini, saya menggunakan plugin premium oleh Ithemes iaitu BackupBuddy.

Saya telah mencuba pelbagai plugin percuma untuk proses backup file, tetapi saya dapati ia lebih mudah dengan BackupBuddy.

Ringkasnya, anda hanya perlu memilih plugin yang mempunyai ciri-ciri yang anda inginkan, dimuat turun oleh ramai pengguna dan sentiasa dikemaskini oleh pembina plugin tersebut.

Sekiranya faktor kewangan bukan menjadi masalah, lebih-lebih lagi sekiranya anda memang serius dalam blogging, anda boleh memikirkan untuk memiliki plugin premium dengan syarat ia betul-betul membantu anda dan blog anda ke arah lebih baik.

Semoga artikel Panduan Lengkap Plugin WordPress ini dapat membantu para pembaca blog ini dalam topik WordPress Plugin.

Terima kasih. Silakan berkongsi pendapat anda di bawah. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *