Q&A : Apakah maksud Disk Space, Bandwidth, Park Domains, Addon Domains dan Sub-Domains?

Amat penting untuk kita memilih pakej hosting yang terbaik dan sesuai dengan penggunaan kita. Di mana kita perlu melihat dan meneliti setiap pakej hosting yang ditawarkan oleh setiap penyedia hosting. Untuk itu, istilah seperti Disk Space, Bandwidth, Park Domains, Addon Domains dan Sub-Domains sudah pasti akan ditemui.

Terima kasih kepada seorang rakan kita yang telah bertanya tentang hal ini dan saya kira ia penting untuk dikongsikan bersama. Berikut merupakan soalan yang diberikan dan sedikit jawapan yang saya mampu kongsikan. Semoga ia dapat membantu bagi yang bakal memiliki nama domain dan hosting sendiri.

Soalan :

Diskspace, bandwidth, parkon addon sub domain

Jawapan :

1. Untuk memiliki blog sendiri, kita perlu membeli nama domain dan menyewa hosting di syarikat penyedia hosting. Tapi jika kita membeli di NetKL, kita hanya perlu menyewa hosting sahaja dan satu nama domain diberikan secara percuma. Boleh lihat pakej Web Hosting yang ditawarkan di https://www.zulpress.com/NetKL

Diskspace adalah ruang storan yang kita sewa dengan syarikat hosting bagi kita menyimpan segala fail, image, dan lain-lain termasuk artikel2 di blog yang kita akan tulis nanti. Dengan kata lain, lebih banyak ruang Diskspace, lebih banyak fail dll. yang boleh simpan di hosting tadi.

Bagi pakej MySilver di NetKL, kita diberikan 400MB ruang storan di mana ia sudah mencukupi bagi pengguna blogger yang biasa. Sekiranya kita sudah mencapai kuota yang ditetapkan, kita boleh menambah Diskspace yang kita inginkan bila-bila masa selepas pada ini dengan menghubungi pihak NetKL.

2. Monthly bandwidth boleh diumpamakan seperti buku lawatan. Ia bergantung kepada ramai pengguna internet yang melawat blog page kita dan juga jumlah fail yang kita ada dalam sebulan.

Jika blog kita mempunyai ramai pelawat setiap hari (pageview), kita mungkin akan mencapai kuota bandwidth dan perlu menambah kuota tersebut. Jika telah sampai kuota, blog kita tidak dapat diakses oleh pengguna internet yang lain sehingga ia kembali ok. Boleh rujuk di http://www.ehow.com/how_6548181_calculate-monthly-bandwidth.html atau search di Google untuk rujukan lanjut.

3. Park Domains adalah domain yang kita ingin simpan menggunakan akaun hosting yang sama. Jika kita membeli beberapa nama domain, kita boleh pointkan nama domain tersebut ke mana-mana page yang kita inginkan. Lebih kepada konsep parking sesuatu nama domain buat sementara waktu.

Addon Domains pula adalah kita dapat menambah beberapa nama domain menggunakan akaun hosting yang sama. Contohnya www.abc.com dan www.dgh.com merupakan dua domain yang berbeza tetapi kita hanya menggunakan satu akaun hosting sahaja. Contohnya dalam pakej MyGold, kita boleh tambah lagi 2 nama domain menggunakan hosting yang sama.

Sub-Domains adalah seperti bilik dalam sebuah rumah. Contohnya www.abc.com , kita bebas membina subdomain seperti blog.abc.com , lamanweb.abc.com dan sebagainya tetapi masih menggunakan nama domain yang asal (rumah asal) abc.com.

*Nota :  Jika tuan baru bermula, saya cadangkan menggunakan pakej mySilver buat permulaan. Pakej ini hanya mempunyai satu database sahaja, dengan kata lain tuan boleh membina satu laman web atau satu blog sahaja.(setiap blog WordPress menggunakan satu database).

Jika tuan ingin memiliki beberapa blog dan beberapa nama domain, boleh memilih pakej myGold atau myPlatinum kerana ia menawarkan lebih banyak MySQL Databases iaitu jumlah database yang lebih.

Terima kasih, semoga dapat membantu.

Wassalam.

P.S : Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, insyaAllah saya akan cuba menjawabnya. Boleh kemukakan di Borang Hubungi  (Contact) di sini.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *