Q&A : Memilih Blog Percuma dan Upgrade ke Berbayar?

Upgrade blog

As salam,

Saya telah menerima satu emel daripada seorang saudari berkaitan memilih blog percuma dan bagaimana untuk Upgrade ke berbayar.

Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kerana telah berkunjung ke blog saya.

Saya kongsikan jawapan saya di dalam artikel kali ini agar dapat membantu sesiapa yang mempunyai persoalan yang sama.

Petikan mesej saudari :

Assalam, zulpress bleh tolong sy jawab persoalan ni tak? sy br
bercadang nk buat blog tgh fikir nk cube yg free dulu atau terus yg
berbayar. yg sy xpasti. kalo sy cube yg free dulu then nk bwk blog
sedia ada jadi/transfer ke yang berbayar boleh ker? atau kte kne mula
buat blog tu balik? TQ

Jawapan :

Sekiranya saudari memilih penyedia blog yang free seperti Blogspot dan WordPress.com, saudari masih blog menjenamakan/upgrade ke berbayar :

1. Bagi Blogspot, saudari hanya boleh menukar nama domain saudari seperti contoh.blogspot.com kepada nama domain yang baru contoh.com .

Tetapi saudari tidak boleh menukar hosting saudari. Atau dengan kata lain blog saudari masih lagi berada di hosting blogspot dan terikat dengan syarat2 mereka. Saudari hanya boleh menghilangkan .blogspot kepada nama domain yang baru dengan membeli nama domain baru daripada syarikat penyedia hosting seperti NetKL dalam RM 35 beserta caj RM3. Urusan pointing domain akan diuruskan oleh pihak NetKL.

2. Bagi WordPress.com, saudari boleh upgrade daripada blog percuma kepada blog berbayar dengan membeli hosting di WordPress dengan bayaran $99 atau lebih kurang RM 297. Ia amat tidak berbaloi bagi saya. Sebab itulah, ramai orang hanya menggunakan blog percuma WordPress sekadar untuk peribadi dan bersosial.

Kesimpulan :

Bagi saya, sekiranya saudari ingin berlatih dengan berjinak2 dengan blog, terdapat 2 cara :

1. Mulakan dengan blog percuma Blogspot dan kemudian sekiranya saudari ingin menukar nama blog kepada nama blog yang lebih profesional, saudari boleh membeli nama domain yang baru. Tetapi hosting saudari masih lagi berada di hosting percuma Blogspot.com, hanya nama blog sahaja yang dapat ditukar.

2. Cara kedua dan paling baik sekiranya saudari betul2 serius dalam berblog, adalah dengan membeli nama domain pilihan saudari dan juga pakej hosting saudari sendiri, dengan kos dalam RM 60 setahun. Saya cadangkan untuk dapatkan domain dan hosting dalam negara di NetKL kerana ia antara yang termurah. Kemudian saudari hanya perlu install software wordpress dan saudari sudah mempunyai blog saudari sendiri yang mana saudari bebas untuk menukar theme, design, iklankan produk dan sebagainya.

Paling penting adalah tujuan saudari berblog. Sekiranya hanya untuk peribadi, boleh cuba dengan yang percuma. Tapi jika berkemampuan dari segi kewangan, bolehlah memiliki nama domain dan hosting sendiri dengan hosting tempatan.

Sekiranya untuk bisnes, boleh sahaja gunakan yang percuma. Tapi jika ingin lebih profesional, perlu gunakan domain dan hosting sendiri juga.

Pengalaman peribadi saya, saya juga mempunyai beberapa blog percuma di Blogspot pada awal berblogging dahulu. Setelah biasa dengan dunia blog dan komitmen yang diperlukan, barulah saya mula membeli nama domain dan hosting sendiri.

Semoga membantu.

P.S : Jika ada yang tidak jelas, boleh tanya kembali. TQ.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *