Assalamualaikum w.b.t
Memilih syarikat hosting dan pakej hosting yang betul adalah penting bagi mereka yang mempunyai laman web dan blog sendiri (nama domain dan hosting berbayar).
Dalam tulisan saya sebelum ini, saya telah senaraikan beberapa syarikat hosting di Malaysia dan diluar negara yang mempunyai servis dan perkhidmatan yang baik.
Dalam tulisan kali ini, saya akan terangkan lebih lanjut berkaitan syarikat hosting Exabytes.my.
Syarikat hosting Exabytes.com.my adalah antara syarikat penyedia hosting Malaysia yang menjadi pilihan ramai dengan pelbagai pakej yang ditawarkan.
Syarikat ini mempunyai rangkaian utama Exabytes.com di USA dan di Singapura serta India.
Exabytes.com.my menyediakan pelbagai perkhidmatan bermula daripada pakej tempahan nama domain, pakej hosting untuk pelajar, blogger, pemilik bisnes kecil sehinggalah ke pemilik bisnes besar.
Nama Domain
Exabytes.com.my menyediakan khidmat pembelian nama domain dengan pelbagai extension seperti .com, .asia, .net, .name, .tv, .cc, .pro dan juga nama domain .my, .com.my dan banyak lagi.
Harga domain yang ditawarkan adalah pada harga yang mampu milik mengikut kategori nama domain pilihan anda.
Pakej Hosting
Exabytes.com.my juga menyediakan pakej hosting seperti berikut :
1. Personal Hosting
Ebiz Beginner dengan ruang storan 1GB, Ebiz Home 2GB dan pakej untuk pelajar Xtudent dengan ruang simpanan data 1GB.
Sekiranya anda baru bermula dalam blogging, maka pilihan Xtudent atau Ebiz Beginner sudah cukup buat permulaan.
Anda boleh upgrade bila-bila masa sahaja apabila anda memerlukan ruang storan yang lebih besar nanti.
2. Small Business Web Hosting
Pakej hosting ini adalah bagi pemilik bisnes yang memerlukan lebih ruangan storan dan lebih kebebasan.
Terdapat 3 pakej iaitu Ebiz Plus dengan ruang storan 10 GB, Ebiz Gold 300 GB dan Ebiz Gold Unlimited untuk ruang storan tanpa had.
3. SME Busines Hosting
Pakej Ebiz Power Hosting Plan adalah khas bagi pemilik syarikat bisnes yang memerlukan ramai user dan ruang storan yang besar.
Pilihan pakej yang disediakan mengikut bilangan user yang anda inginkan dengan pilihan harga yang kompetitif.
Instant website
Instant Website adalah perkhidmatan membina website laman web bagi syarikat-syarikat dan pemilik bisnes perniagaan.
Tidak banyak syarikat hosting yang menyediakan perkhidmatan membina laman web sebagaimana yang disediakan oleh Exabytes.com.my.
Dengan harga yang lebih murah dan jimat berbanding kos mengupah pereka laman web, anda sudah boleh memiliki laman web syarikat anda sendiri.
Dengan pilihan lebih daripada 840 templates, saya kira ia sudah cukup untuk anda menempah design laman web anda dengan Exabytes.com.my.
Design laman web adalah professional dan anda boleh lihat portfolio laman web yang telah dibina oleh pihak Exabytes.
Selain itu, anda sudah tidak perlu bimbang berkaitan hosting kerana pembelian anda lengkap dengan nama domain dan hosting oleh Exabytes.com.my.
Cloud Hosting
Exabytes.com.my juga menyediakan perkhidmatan Cloud Hosting khas bagi laman web yang mempunyai trafik pelawat yang tinggi dengan memastikan capaian laman web stabil dan lebih pantas walau di mana pun pelawat berada.
Perkhidmatan lain
Terdapat banyak lagi perkhimatan yang disediakan oleh pihak Exabytes.com.my seperti Dedicated Server, Semi-Dedicated Server dan Ebuzz Email Marketing.
Untuk melihat lebih lanjut, anda boleh ke laman web Exabytes di sini.
Leave a Reply